LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Kami Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Mandi!'


Salah seorang dari rakan kami keluar ke bahagian pendaftaran untuk meminta tisu tandas. Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berada di situ dan tidak semena-mena dia ternampak monitor pengawasan CCTV yang menunjukkan kedudukan kamera itu di tandas bilik asrama kami! 

Saya sungguh marah apabila mendapat tahu ada kamera tersembunyi yang diletakkan di bilik mandi kami. Di situlah tempat kami keluar masuk dengan berpakaian dalam untuk menukar pakaian dan sebagainya. Sudahlah kamera yang digunakan itu merakam dalam format HD dan berwarna. 

Pada masa itu, sudah lewat malam, tiada sesiapa yang dapat kami temui untuk mengadu mengenai hal ini. Disebabkan penemuan ini juga, saya menjadi sukar untuk tidur dan rasa dianiaya! 

Kami akan berjumpa dengan pemilik hostel ini esok dan menuntut penjelasannya!

12 jam selepas insiden itu, kami pergi ke balai polis. Pegawai penyiasat memberikan kami dua pilihan. 
  1. Dia akan dapatkan data rakaman itu dan terus membuangnya. 
  2. Teruskan membuat laporan untuk pendakwaan tetapi perlu hadir ke mahkamah atau di mana-mana yang mereka perlukan kami hadir untuk urusan pendakwaan. 

Kami bersama seorang rakan perempuan yang berasal dari negara ini juga, tetapi dia enggan meneruskan kerana kes akan menjadi rumit dan terpaksa turun naik ke mahkamah. 

Saya rasa ia seperti taktik untuk menakutkan agar kes digugurkan. Namun kami memberikan jaminan akan memberikannya sokongan jika dia meneruskan kes itu. Saya sendiri kurang pasti sama ada kami patut teruskan atau hanya mengambil rakaman itu. 

Kami terpaksa bermalam di balai polis memandangkan tiada lagi perkhidmatan teksi. Saya juga telah menghubungi pihak kedutaan, tiada sebarang bantuan diberikan memandangkan kami bukan dalam keadaan berbahaya. Kami menunggu sehinggal jam 11 pagi sekarang dan pegawai penyiasat ada di sini mengambil keterangan salah seorang dari kami. 

Pemilik hostel itu ada bertanya, siapa yang membuat aduan mengenai perniagaannya dan dia mahu menyaman kami. Namun, saya tidak melihat sebarang kelibatnya sejak dia memberikan kenyataan itu pada malam semalam. - Pengadu


Bagaimanapun, pemilik hostel berkenaan tampil menafikan dakwaan pengadu. 

"Kenyataan yang dibuat adalah mengelirukan. Kami tidak mempunyai kamera tersembunyi di bilik mandi atau bilik seperti yang didakwa. Kami hanya mempunyai CCTV (hardisk) yang digunakan sebagai rujukan bila perlu. Kami hanya meletakkan CCTV di kawasan seperti sinki dan meja solek bagi mengelakkan pertikaian mengenai kehilangan barang-barang. 

"Kami telah membuat laporan polis dan kami akan buktikan yang kami tidak bersalah. Sekali lagi, CCTV hanya pada hardisk dan tidak dapat diakses oleh sesiapa. Niat kami hanya mahu menjadikan tempat kami selamat," katanya 4 jam yang lalu. - PIXEL MEDIA