Sepasukan pengkaji yang diketuai oleh jurutera marin, Brennan Phillips membuat penemuan menakjubkan apabila berjaya mengesan beberapa jerung yang hidup dalam gunung berapi.
Dengan melabuhkan kamera ke dalam kawah gunung berapi itu, pasukan pengkaji terbabit menemui dua spesis jerung dan juga ikan pari, obor-obor dan juga beberapa spesis kecil hidupan laut.
Dikenali sebagai Kavachi, gunung berapi ini terletak di kepulauan Solomon dan merupakan salah satu gunung berapi di Barat Daya Lautan Pasifik.
Amat mengejutkan apabila Brennan dan pasukannya hanya berani untuk menurunkan kamera dalam tempoh sejam sahaja kerana suhu air yang mencecah 426 Celcius dan Ph yang sangat rendah.
Kebanyakan haiwan hidup yang tinggal di situ juga dipercayai mampu bertahan dalam suhu dan keasidan yang tinggi dan berkemungkinan akan musnah bila-bila masa sahaja.
Brennan berkata, penemuan itu juga mengubah sama sekali hasil kajian terdahulu dan memerlukan mereka untuk menjalankan kajian dengan lebih lanjut.
Kini beliau berharap dapat menemui jawapan sama ada jerung berkenaan akan dapat melepaskan diri sekiranya gunung berapi itu meletus atau sebaliknya.
“Kita tidak tahu apa agi yang akan kita temui selepas ini terutamanya apabila kajian membabitkan laut dalam. Semakin dalam kita pergi, maka semakin banyak penemuan baru ditemui,” katanya memetik laporan Dailystar.
Sumber : http://www.himpunanceritalawak.com/
Related Posts :
Penyamun Tergamak Tumbuk Muka, Potong Kaki Nenek 89 Tahun Foto kiri : Keadaan Mek Som selepas kejadian . Foto Kanan: Suspek ditangkap orang kampung &am… Read More...
Ramai Natizen Menangis Selepas Tahu Cerita Disebalik Senyuman Bayi Ini Ramai Natizen Menangis Selepas Tahu Cerita Disebalik Senyuman Bayi Ini|Gambar seorang bayi comel … Read More...
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Menonton Filem The Conjuring 2 India, 19 Jun - Seorang lelaki India mati selepas dia diserang sakit jantung ketika menonton … Read More...
Anak Selalu Tanya, "Bila Abah Balik Ibu, Buat Apa Dalam Hutan, Abah Tak Sayang Kami Ke Ibu" - Luahan Perwira Seperti kita sedia maklum, tugas sebagai seorang tentera merupakan sesuatu yang amat mencabar sama… Read More...
(Video) JAIM Rungkai Misteri Penghadang Kayu Bergerak Sendiri MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akhirnya merungkai kejadian misteri penghadang kay… Read More...