LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Bermula Dengan Modal Kosong, Gadis Kampung Ini Mampu Jana Pendapatan 6 Angka Sebulan!

Siapa cakap nak berjaya tu susah? Tak susah kalau kita berusaha dan tak mengharapkan duit jatuh dari langit je.
Baru-baru ini ada seorang wanita cekal kongsikan kisah suka duka dan susah payah hidupnya sekeluarga kepada kami.
Apa yang penulis kagum tentang wanita ini ialah bagaimana dia boleh berjaya dalam perniagaan dengan hanya berbekalkan MODAL KOSONG sahaja.

Nama wanita berjaya ini ialah Nik Ainin Sofiya & baru berusia 24 tahun..

1331
Assalamualaikum.. Nama saya Nik Ainin Sofiya Bt Nik Mahmood dan berusia 24 tahun. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perjalanan hidup yang bermula dari ZERO.
Saya bukanlah datang dari golongan yang senang dan ianya bukan mudah untuk saya kecapi apa yang saya ada sekarang. Ayah saya telah meninggal sewaktu saya dan adik2 masih kecil. Ibu saya lah yang bertungkus lumus menjaga saya dan adik-adik..

Mula bekerja sejak di bangku sekolah lagi & tak malu untuk cari duit lebih

IMG_0702
Saya mula mencari duit sampingan seawal umur belasan tahun lagi sewaktu saya dibangku sekolah menengah. Antaranya saya pernah buat servis “rebonding” rambut lepas waktu sekolah. Saya buat dirumah sahaja dan ibu lah yang mengeluarkan modal untuk membeli barangan kelengkapan. Saya juga pernah bantu mak cik dekat rumah saya jual pisang goreng ketika pembantunya tak datang. Saya tak pernah malu untuk lakukan apa pun kerja walaupun bukan kerja “glamour” , asalkan rezeki itu halal. Ibu saya tak pernah sesekali pun menyuruh saya mencari duit sendiri, tetapi dia juga tidak menghalang. Saya mencari duit sampingan bukan kerana saya hidup susah sahaja, tetapi untuk membeli barangan kehendak saya dan juga disebabkan minat yang mendalam dalam bisnes.
Selepas tamat SPM, saya kerja menjual jus buah-buahan di depan sekolah sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar. Saya mendapat tawaran daripada UITM dengan kursus Electrical Engineering (Electronic) tetapi terpaksa tolak sebab saya lebih meminati kursus Quantity Surveying di sebuah kolej swasta. Belanja dekat sini bukanlah murah, saya mula aktif berniaga secara online sebagai dropship sahaja. 

Nak beli kereta tapi kena tipu. Akhirnya mampu miliki kereta tapi atap bocor sana sini

20110326_001
Pada tahun 2010, satu-satunya kereta keluarga saya iaitu kereta kancil telah “total lost” akibat kemalangan. Ibarat patah kaki, nak kemana-mana pun susah kena tumpang orang. Ibu saya tekad guna duit simpanan untuk beli secara cash kereta secondhand tetapi ditipu rakannya pula. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya ibu saya mampu beli sebuah kereta saga lama dengan harga RM2-3 ribu kalau tak silap saya. Kereta tu agak buruk, atapnya pula bocor.
Bila hujan air akan menitik masuk dalam kereta. Aircond pula tidak berfungsi. Tiap kali hujan cermin akan berwap, terpaksa lap cermin menggunakan tangan dari sebelah dalam. Kadang-kadang lemas pun ada terpaksa berkurung dalam kereta yang tak ber-aircond, nak buka cermin takut air hujan masuk pula.. Tapi satu je saya salute dengan ibu saya, dia tak pernah merungut walau sekali. Sentiasa tenang dan tersenyum. Tapi hati anak mana yang tidak sedih melihat keadaan itu. Tambahan pula masa tu saya masih lagi belajar, memang sangat sedih teringatkan keadaan ibu dan adik-adik di kampung. Hampir setiap malam mengalir air mata. 

Pelajar lain boleh berseronok, saya kena cari duit poket untuk tampung kos pembelajaran

IMG_0704
Pada masa itu lah turning point saya, saya betul-betul tekad untuk ubah hidup keluarga. Saya nak cukup saya je merasa susah asalkan adik-adik saya senang. Pada umur saya awal 20-an, saya pulun habis-habisan untuk mencari duit. Menjadi dropship memberikan banyak ruang dan peluang untuk saya.

Nekad tak nak hidup susah, join online dropship TANPA MODAL

IMG_0699
Saya tak perlu keluarkan modal, packing dan pos barang. Hanya perlu promote dan melayan customer sahaja. Risiko juga rendah dan sangat sesuai untuk yang baru nak berjinak dalam bisnes online. Tapi saya jenis tak suka berada di takuk sama, saya sentiasa cari cara untuk upgrade setiap apa yang saya buat. Saya mula keluarkan modal untuk ambik stok supaya untung lebih besar dan lebih mudah untuk saya “cash on delivery” (COD) dengan customer. Setiap malam saya tak cukup tidur untuk melayan customer. Habis je kelas saya akan tumpang orang untuk pos barang. Hampir setiap hari kena beratur panjang walaupun untung yang saya dapat tak seberapa. Kat rumah sewa saya penuh dengan stok yang saya borong sedikit demi sedikit.

Habis belajar terus buka butik kecil di kampung dengan duit simpanan yang ada

IMG_0725
Tamat je belajar saya buka kedai kecil pertama saya. Pelbagai barangan saya jual antaranya pakaian, produk kecantikan, dan juga dessert yang saya buat sendiri. Daripada agent sahaja saya upgrade pula jadi stokis berbekalkan duit keuntungan yang saya kumpul. Bagi saya, kalau nak berjaya dalam bisnes kena berani ambik risiko. Daripada modal serendah RM100, meningkat kepada RM200, RM400 dan meningkat ribuan ringgit ketika saya mula menjadi stokis kepada beberapa produk. Sebelah siang saya jaga kedai dan packing barang untuk dipos.

Siang jual produk, malam pula siapkan tempahan kek & biskut

IMG_0712
Sebelah malam pula saya melayan whatsapp daripada customer dan menyiapkan tempahan kek dan biskut. Hampir setiap malam saya tidur pukul 3-4 pagi dan kadang-kadang sampai subuh. Maklumlah oven saya kecil je, sekali bakar hanya dapat sebalang dua biskut. Pada bulan puasa pula saya mengambil kesempatan membuka gerai di depan kedai saya, kebetulan kat depan kedai ada mini bazaar ramadhan tiap-tiap tahun.
Permintaan biskut juga meningkat pada masa tu sampaikan di malam raya saya tak tidur sampai ke pagi raya siapkan tempahan. Selepas mandi terus hantar kek kepada customer-customer yang ada. Saya bersyukur saya pandai mengambil peluang yang ada di depan mata dan buat sehabis boleh. Walaupun penat dan lenguh-lenguh badan akibat kerja tanpa henti tapi saya tak pernah merungut dan merasa puas bila apa yang saya buat mendapat sambutan. Semuanya saya buat seorang diri, sayalah kuli sayalah bos..

Hasilkan produk kolagen sendiri, Belleza Collagen yang kini semakin di kenali ramai

IMG_0221 copsfsfsy
Perniagaan saya semakin lama semakin maju dan saya sudah mempunyai ramai pelanggan tetap. Pada suatu hari saya tekad untuk membuat produk kolagen sendiri. Walaupun saya susah, tapi dah jadi fitrah wanita memang sukakan kecantikan. Saya nak kelihatan cantik dan bantu wanita lain untuk kelihatan cantik. Memang inilah impian saya sejak kecil tak sangka menjadi kenyataan. Saya banyak dibantu oleh kekasih hati saya yang kini dah jadi suami saya. Dialah yang menjadi tulang belakang dan banyak menyumbangkan tenaga serta buah fikiran untuk memajukan bisnes kami. Berkat usaha kami alhamdulillah produk kami iaitu Belleza Collagen semakin dikenali, bukan dikenali kerana iklan dan marketingnya tetapi dikenali kerana ribuan testimoni berjaya. 

Dulu atap kereta bocor sana sini, kini mampu miliki Range Rover Evoque, Audi & Myvi di usia yang muda

IMG_0539
Siapa sangka dari anak kampung yang dulu hidupnya susah, pernah naik kereta berlubang sini sana dan atap kereta bocor kini mampu mempunyai 3 buah kereta iaitu Range Rover Evoque, Audi dan Myvi seawal umur 24 tahun.

Alhamdulillah rezeki makin mencurah-curah & keuntungan mencecah 6 angka sebulan!

IMG_0724
Kalau dulu saya lah kuli, saya lah bos kini saya mampu menggajikan ramai pekerja untuk memudahkn urusan saya. Kedai saya yang dulunya sempit dan kecik kini dah upgrade kepada yang lebih selesa dan luas. Hidup saya kini berubah hampir 360 darjah! Tak pernah menyangka usaha saya selama ini akan membuahkan hasil. Saya dulu dibenci kini dipuji. Yang dulu menjauh kini datang mendekat. Alhamdulillah syukur, dari zero kini sale bulanan mencecah 6 angka. 

Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada kerana kejayaan tidak akan datang borgolek je tanpa usaha

asfasf

Tiada niat walau sedikit pun untuk riak dan takbur. Tetapi saya harap dengan perkongsian saya ini mampu memberi semangat dan inspirasi kepada mereka yang hidup susah seperti mana saya dahulu. Tiada apa yang mustahil jika kita sanggup berusaha.
Jangan pernah malu untuk mengubah hidup kita walaupun ada yang menyindir dan mengata. Kesenangan takkan datang bergolek tanpa usaha. Kalau jatuh sekali pun jangan takut untuk kembali bangun. Walau diuji berkali-kali hadapilah dengan tabah insyaAllah yang pahit itu akan ada manisnya nanti. Sekian..
Sumber : http://hanasuva.com/