LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

HARAM Bergambar Dengan Kucing – Ulama Arab Saudi

Biar betul, bergambar dengan kucing pun dikira HARAM? Kucing tu dah la comel.
Di Arab Saudi, seorang ulama terkenal di sana telah mengisytiharkan bergambar dengan kucing adalah HARAM, berikutan bimbang trend dari barat itu mula menular di Arab Saudi.
Menurut laporan News Week, menerusi sebuah program televisyen, ahli ulama Arab Saudi,Sheikh Saleh bin Fauzan Al-Fazwan berkata, beliau dimaklumkan tentang trend terbaru merakam gambar bersama kucing telah tersebar di kalangan individu yang mahu menjadi seperti orang barat.
cats-e1464181492546
“Apa? Ambil gambar dengan kucing? Ambil gambar adalah HARAM. Tak kiralah dengan kucing atau apa-apa. Mengambil gambar adalah HARAM melainkan darurat. Dengan kucing, anjing, serigala atau apa-apa sahaja, tak boleh,” katanya.
Di bawah undang-undang negara itu yang berlandaskan Islam, dikenali sebagai fahaman Wahabi, banyak perkara-perkara yang biasa di amalkan oleh orang barat telah diharamkan.
dsad
Januari lalu, Arab Saudi telah mengharamkan pemainan catur kerana ia menggalakkan perjudian. Permainan itu hanya membuang masa dan duit serta akan menimbulkan kebencian serta permusuhan antara pemain.
Satu lagi permainan yang diharamkan ialah POKEMON. Mufti besar mengatakan bahawa permainan mempromosikan agama lain seperti Kristian atau Yahudi kerana terpapar jelas pada kad, gambar Jewish Star David.

Sumber : http://hanasuva.com/