LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Ganggu & Telefon Bekas Kekasih 27,000 Kali Seminggu, Wanita Ini Ditahan!

Seorang wanita di Alberta, Kanada ditahan kerana mengganggu bekas teman lelakinya! Bukan gangguan biasa, tetapi kes ini merupakan gangguan paling melampau yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara itu.
Wanita tersebut, Kelly Murphy, ditahan bukan sahaja kerana membuat panggilan telefon kepada bekas teman lelakinya, Randy Williams sebanyak 27,639 kali dalam masa seminggu, malah menghantar 937 e-mel, 11,229 mesej, 117 mesej nyanyian dan 47 helai surat dalam tempoh yang sama. 
Hubungan Kelly dan Randy hanya mampu bertahan selama dua minggu, namun Kelly tidak dapat menerima perpisahan tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut menggunakan 8 buah telefon bimbit. What!!

giphy
Lebih mengejutkan, Kelly turut menggunakan sehingga LAPAN buah telefon bimbitdalam satu masa untuk menghubungi bekas teman lelakinya itu, 24 jam tanpa henti.
Kelly bukan sahaja menghubungi telefon bimbit Randy sahaja, malah, nombor rumah, tempat kerja dan dia berada di mana-mana sahaja.
Untuk tetap berjaga, Kelly dikatakan mengambil minuman tenaga dalam kuaititi yang banyak untuk pastikan dirinya kekal berjaga dalam masa seminggu.

Bekas kekasihnya lega kerana selama seminggu rasa tertekan kerana diganggu dengan begitu teruk

Menurut peguam Randy, kliennya kini sangat lega kerana bekas kekasihnya itu ditahan. Dia tidak dapat tidur, bekerja atau menikmati kehidupan dalam apa cara pun selama lebih seminggu.
Tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah negeri di British Columbia, untuk mengenal pasti sama ada dia patut dibicarakan atau tidak.
Sumber : http://hanasuva.com/