LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Wanita Arab Saudi Dihukum Penjara & Disebat Jika Periksa Telefon Suami!

Rasanya tak salah jika nak periksa atau selidik telefon suami sendiri. Mana la tahu jika si suami tu main ‘kayu tiga’ dalam diam.
Tetapi di Riyadh, Arab Saudi, isteri akan dikenakan hukuman penjara dan sebatan jika didapati bersalah memeriksa telefon suami tanpa pengetahuan dan kebenaran.
Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.

Isteri boleh dihadapkan ke mahkamah jika suami menfailkan saman

Menurut peguam anggota Program Keselamatan Keluarga kerajaan Arab Saudi,wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan terhadap mereka.
Tiada hukuman diperuntukkan untuk kesalahan itu kerana ia tidak tertakluk dalam undang-undang Islam, sebaliknya hukuman boleh dikenakan menurut budi bicara hakim, bermakna mereka boleh dipenjarakan.

Pesalah boleh dikenakan hukuman berat sebatan walaupun kesalahan antara suami isteri

Perkara membabitkan suami dan isteri adalah kesalahan ta’zir. Kemungkinan pesalah akan disebat, didenda, dipenjara, membuat perjanjian atau tiada hukuman akan dikenakan.
Kesalahan ta’zir tidak diiktiraf secara rasmi, jadi hukuman bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman dijatuhkan.
Sumber : Hanasuva