Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang pelatih Pulapol yang disebabkan strok haba.
Musim panas melampau buatkan badan jadi lesu, sakit kepala dan rasa tak sihat. Orang ramai disarankan untuk banyak minum air kosong dan kurangkan aktiviti di luar.
Jadi, anda perlu peka dengan 7 perkara penting ini untuk mengelak dari diserang strok haba.
Jangan ambil ringan! Strok haba boleh membawa MAUT!
1. Jangan pakai baju tebal/berlapis & ketat
Memakai pakaian yang berlapis, tebal atau ketat akan menyebabkan badan gagal untuk menyejuk dengan baik.
2. Minum air dengan banyak
Pastikan badan sentiasa mendapat air yang mencukupi. Apabila air dalam badan cukup, tubuh boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan sentiasa normal.
Note : Jika air kencing bewarna kekuningan, itu tandanya anda kurang minum air.
3. Jangan tinggalkan sesiapa dalam kereta yang sudah dimatikan
Perkara ini biasa berlaku di Malaysia. Banyak kes di mana ibu bapa membiarkan anak tinggal di dalam kereta dan akhirnya mati lemas.
4. Tak perlu la pakai mekap tebal-tebal
Sesetengah bahan dalam produk kosmetik atau mekap anda kemungkinan akan menyekat aliran peluh sekaligus menyebabkan rasa panas di bahagian muka.
5. Elakkan kafein berlebihan
Kafein boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, anda dinasihatkan supaya kurangkan/elakkan kafein ketika musim panas jika anda perlu bekerja di dalam keadaan yang panas.
6. Batalkan aktiviti luar jika panas melampau
Jika anda rasa keadaan diluar panas melampau. Cepat-cepat cari tempat berteduh atau batalkan je aktiviti yang perlu anda jalankan.
7. Sentiasa periksa suhu badan
Ketika musim panas, alat pembaca suhu sangat penting. Sentiasa periksa suhu badan anda atau orang sekeliling jika badan rasa panas. Jika suhu badan panas melampau, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital.
Sumber : Hanasuva