LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

5 PETUA MENAIKKAN SERI WAJAH BAGI BAKAL PENGANTIN

naik-seri-bakal-pengantin
Setiap bakal pengantin punya kebimbangan di mana mereka takut apabila tiba waktu hari mereka bersanding, wajah dan penampilan mereka tiada seri seolah hambar. Jadi pelbagai ikhtiar dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan dan mengekalkan seri “pengantin” pada waktu itu.
Di sini kami ingin berkongsikan beberapa petua orang dulu-dulu bagi menaikkan seri wajah bakal pengantin untuk rujukan anda. Tips ini sekadar untuk merelakskan minda daripada stress persiapan perkahwinan. Jangan taksub pula terhadap amalan ini ya. Yang lebih afdhal ialah berdoa dan banyakkan zikir kepada Allah S.W.T supaya tenang bagi menghadapi detik-detik indah tersebut :
  1. Cuci wajah menggunakan air rebusan daun sireh.
    Orang dulu-dulu pesan, sebulan sebelum menjelang hari persandingan, kita disarankan untuk mula mencuci muka kita dengan menggunakan air rebusan daun sireh setiap hari. Sirih sebenarnya memang terbukti bersifat antiseptik, sesuai untuk menghilangkan parut jerawat, jeragat dan untuk mencerahkan wajah agar kelihatan berseri.
2- Melembabkan kulit muka dengan menggunakan air kelapa.
Air kelapa mempunyai beberapa manfaat untuk kecantikan khususnya. Antaranya ialah melembapkan wajah, mengatasi kulit muka berminyak, dan memutihkan wajah. Apa kata cuba petua ini, dengan mengambil air kelapa dari buah kelapa tua dan diusap ke muka. Ulangi proses ini beberapa kali dalam satu sesi. Sebagai penutup, bilaslah muka kita dengan air sejuk yang dingin. ðŸ™‚
3- Tidur awal dan jangan bangun lewat!
Salah satu rahsia untuk menaikkan seri wajah adalah dengan mengamalkan dan menjaga waktu tidur yang sempurna. Tidur yang cukup adalah dalam 6 jam sehari dengan tenang dan bangun seawal pagi untuk berpeluang mengerjakan solat fardhu subuh berjemaah. Luangkan masa untuk 10-15 minit untuk menghirup udara segar selepas solat subuh.
4- Minum air putih 8 gelas atau 2 liter sehari.
Mempunyai kandungan air yang cukup dalam badan adalah salah satu faktor yang penting untuk mengekalkan keserian muka agar nampak sentiasa berseri-seri. Dan anda disarankan untuk meminum air putih sebanyak 8 gelas atau 2 liter sehari setiap hari bergantung pada kesesuaian badan anda.