LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

9 CARA UNTUK MENINGKATKAN DAYA PEMBELAJARAN ANAK-ANAK SEJAK KECIL

9-cara-untuk-meningkatkan-daya-pembelajaran
9 cara untuk meningkatkan daya pembelajaran anak-anak sejak kecil:
  •    Merangsang minda bayi dari dalam kandungan. Sentiasa berkomunikasi dengan bayi dengan melafazkan kata-kata yang positif dan juga lafazan ayat-ayat Al-Quran
  •    Aktifkan minda anda dengan sentiasa berbicara dengan mereka dan sentiasa dekatkan mereka dengan pelukan, sentuhan dan puji-pujian.
  •    Jaga pemakanan anak-anda dan berikan diet yang sesuai untuk kecerdasan minda dan perkembangan otak yang sempurna seperti kismis, susu dan pati ikan minyak kod.
  •    Sediakan kawasan permainan yang sesuai dan menyeronokkan kerana anak-anak sebenarnya mempelajari sesuatu yang baharu dalam setiap akitiviti hariannya. Permainan-permainan yang mencabar dan merangsang minda sejak dari kecil lagi seperti  ‘Jigsaw Puzzle’ boleh membantu kecergasan anak-anak.
  •    Jangan sekat kreativiti anak anda dengan sentiasa menegah apa yanag ingin mereka lakukan. Anak-anak sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru kerana sifat semulajadi, jadi awasi pergerakan mereka. Bersikap tegas sekiranya akitiviti tersebut memudaratkan mereka sendiri
  •    Anak-anak akan mudah mengingat apa yang mereka pelajari sekiranya pembelajaran tersebut dibuat berulang-ulang kali, mengikut metod yang berlainan. Ibu bapa hendaklah berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, mungkin boleh disulami dengan ‘game show’ atau pun kuiz.
  •    Fakta pelajaran mudah diingati jika ianya diolah menjadi sebuah cerita yang menarik.
  •    Mendengar muzik yang bersesuaian semasa belajar mampu meningkatkan daya ingatan anak-anak kerana muzik adalah terapi kepada minda supaya lebih rilek dan membuatkan pendengar berasa tenang.
  •    Dedahkan anak-anda dengan pengalaman dan akitiviti baru, jangan hanya dikurung di dalam rumah sahaja. Pengalaman di tempat asing dan baru akan membuatkan minda anak-anak respon dengan lebih aktif, justeru akan meningkat kecerdasan minda mereka.
 Sumber : http://www.anugerahquran.com/