LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

9 SEBAB LAMBAT DITEMUKAN JODOH

9-sebab-lambat-ditemukan-jodoh-dan-cara-mengatasinya
9 sebab lambat ditemukan jodoh dan cara mengatasinya :
  •    Jodoh adalah ketentuan Tuhan : Sentiasa berdoa agar Tuhan menemukan anda dengan calon yang sesuai untuk berkongsi hidup
  •    Tiada daya penarik : Hendaklah sentiasa menjaga ketrampilan diri terutamanya hati. Hati yang suci adalah magnet untuk menarik bakal pasangan atau sesiapa sahaja untuk sayang pada seseorang individu. Penampilan luar juga haruslah dititikberatkan seperti contoh cara pemakaian, rutin kecantikan penjagaan wajah dan sebagainya
  •    Hati tidak fokus dan tidak serius dalam mencari jodoh : Tiada usaha yang jitu dibuat untuk mencari jodoh, hanya sekadar mengeluh. Justeru itu, sentiasa berusaha ke arah matlamat tersebut. Jika selalu sibuk dengan kerja, luangkan masa untuk keluar dengan kenalan kerana dari situ anda boleh belajar mengenali hati budi seseorang
  •    Terlalu memilih kriteria pasangan : Manusia dijadikan Allah dengan kriteria yang berbeza. Jangan terlalu taksub untuk mencari pasangan yang sempurna untuk anda. Buka hati dan mata untuk mengenali hati budi seseorang.
  •    Fobia kerana serik bercinta : Pengalaman lalu mengajar kita menjadi matang. Justeru itu, jadikan kisah silam sebagai panduan dalam mencari pasangan dan jangan sekali-kali membandingkan bekas kekasih anda dengan bakal pasangan anda.
  •    Lingkungan persahabatan yang terhad : Sentiasa berusaha untuk meluaskan lingkungan persahabatan, tidak hanya terhad kepada rakan-rakan yang anda kenali sejak dulu lagi. Buka hati untuk mengenali kenalan baru.
  •    Sifat-sifat negatif yang ketara dalam perwatakan diri : Secara tidak langsung sifat-sifat seperti materialistik, sombong dan sentiasa fikirkan yang diri anda hebat akan memusnahkan diri sendiri. Buang sifat-sifat tersebut dan bentuk peribadi yang baru supaya senang didekati orang.
  •    Selesa hidup bersendirian : Sesetengah individu sudah berasa selesa hidup bersendirian sehingga tidak melihat keperluan untuk berumah tangga.  Perkahwinan adalah satu ibadah. Justeru itu ubah persepsi perkahwinan hanya akan mendatangkan masalah, dan cuba terima individu lain hadir dalam hidup anda
  •    Faktor metafizikal : Kadang-kala ini sukar untuk diperjelaskan tetapi hal ini wujud di kalangan masyarakat kita. Lambat bertemu jodoh kerana terkena sihir. Untuk itu, sentiasalah dekat kan diri kepada Tuhan dan berwaspada terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda. Cari jalan untuk membenteng hidup anda dari gangguan sihir ini.
Sumber : http://www.anugerahquran.com/