LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Tolonglah saya, sebelum saya bunuh diri dan anak-anak saya!' - Wanita tertekan didera dan diseksa suami


Viral luahan dan dua salinan laporan polis seorang wanita mendakwa dia dan dua orang anaknya didera serta diseksa secara fizikal dan mental sehingga mengalami tekanan melampau dan pernah terfikir untuk membunuh diri. 

Wanita yang hanya dikenali sebagai 'AZZ' berkenaan difahamkan sudah lama bertahan dengan sikap dan perangai suaminya yang didakwa seringkali mengasarinya dan pernah cuba membunuhnya dalam kejadian April tahun ini. 

AZZ pernah cuba memohon cerai di mahkamah, malangnya lelaki itu tidak hadir. Pernah bawa keluarga dari kedua-dua pihak berbincang, namun tidak menemui jalan penyelesaian. Sebaliknya dia pula yang dipersalahkan. 

"Kes pukul semua berlaku dalam bulan Mei-Jun. Sekarang dia tak berani sentuh saya sebab sekali lagi dia sentuh, saya buat report dan dia memang akan kena jail. Cuma ada sekali dia tendang pintu dan cengkam pipi saya, tapi saya tepis. Saya dah tak takut. 

"Apa yang saya perlukan, sedikit pinjaman untuk saya memulakan hidup baru atau tempat mana yang akan menerima orang seperti saya. 

"Soal minta cerai hal kedua. Sekarang saya kena fikir apa yang anak saya nak makan. Guys, help me give some good opinions. Sorry kalau saya cakap kasar, tapi saya depress nak mati. 

"Jangan kaitkan keluarga saya dalam hal ini. Ada alasan tersendiri. Bukan semua tak kisah, ada yang kisah. Abang saya ada juga tolong belikan handphone, beri duit dan sebagainya. Tetapi tidak menyelesaikan masalah sebab saya memang perlukan tempat tinggal dan sokongan kewangan sebagainya. Dia pun ada komitmennya sendiri. 

"Ayah saya ada tolong bayarkan kereta sebab dia penjamin saya. Kereta saya beli masa belajar master dulu. Ayah juga ada ajak balik ke Melaka tetapi ada sebab yang saya tak nak balik dan takkan balik. Cuma ayah saja yang tahu sebabnya. 

"Saya tidak bekerja. Bukan sengaja tak nak bekerja, tetapi ada kes si jantan sial ini menganiaya saya sampai saya tak boleh nak kerja. Tak ada duit untuk mulakan hidup baru. 

"Sudah bertanya pada masjid, tapi saya tak layak memohon apa-apa kerana saya masih isteri yang sah kepada jantan sial itu. Apatah lagi bantuan zakat pun tak layan. Jadi ke mana saya perlu pergi? Saya tak boleh balik ke Melaka, hanya akan menambahkan masalah saja. 

"Tolonglah saya, sebelum saya bunuh diri dan anak-anak saya. 

"Ini baru dua kes polis, penderaan lain, seksaan lain, terlalu banyak. Kaunseling dah pergi tiga kali tetapi macam biasa si raja buat muka tak bersalah dan merekayasa cerita dia. Dua tiga kali cuba memohon cerai tetapi dia tidak datang ke mahkamah. Pernah bincangkan hal ini dengan kedua-dua keluarga tetapi tiada sebarang tindakan tegas, amaran dan sebagainya. Sebaliknya saya yang dipersalahkan. 

"Cukup derita ini sampai di sini. Saya tak nak balik ke Melaka ada sebabnya. Tetapi saya tidak akan cerita. Yang pasti hanya akan menambahkan masalah.

"Dan untuk proses penceraian memang mudah tetapi saya nak mulakan hidup baru macam mana? Tolonglah saya wahai rakyat Malaysia. Ini usaha saya yang terakhir. Saya hanya ada sebuah kereta Myvi yang masih punyai hutang tiga tahun untuk dicagarkan. 

"Semua kebahagian dan pujian yang pernah saya tulis pada suami hanyalah lakonan konon nak menjaga aib," tulisnya di Facebook.


Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 29 Jun 2016, mangsa ditampar oleh suaminya. Malah lelaki itu juga didakwa menekup muka anak lelakinya berusia 9 bulan dengan bantal, selain kepala kedua-dua mangsa dihentak ke dinding. 

Lelaki itu mengamuk kerana berang dikejutkan oleh mangsa yang meminta dia menghantar anak mereka yang demam campak, selain memintanya mengemaskan barang-barang yang berselerak di dalam rumah. 


Dalam laporan kedua yang dibuat pada 30 April 2017, mangsa sekali lagi dikasari oleh suaminya. Namun kali ini lebih teruk apabila lelaki itu dikatakan cuba mengambil pisau untuk membunuh mangsa. 

"Dia tarik saya ke arah dapur dan cuba mengambil pisau untuk membunuh saya. Saya sempat masuk ke dalam bilik bersama kedua-dua anak saya dan mengunci bilik sebelum menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan," tulisnya dalam laporan itu. 

Lelaki berkenaan mengamuk apabila mendapati wang miliknya sudah tiada. Mangsa memaklumkan dia terpaksa mengambil dan menggunakan wang suaminya itu untuk perbelanjaan keluarga kerana sudah empat hari lelaki itu sudah tidak pulang ke rumah. 

Difahamkan, ada pihak yang tampil mahu membantu ibu dan dua anaknya itu. Semoga AZZ tidak membuat sebarang tindakan  yang memudaratkan diri dan anak-anak. 


from The Reporter http://ift.tt/2AR9cSp
via IFTTT