LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Tanya boss kenapa jual barang expired, boss maki customer' - Kedai runcit kantoi jual barang expired


Viral di media beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan. 

Video yang dimuat naik oleh Ragu Sambath sejak Jumaat lalu menunjukkan kedai runcit yang dimilik lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam itu, menjual barang-barang yang sudah tamat yang tertera 2014, 2016 dan tahun semasa yang juga didapati sudah tamat tempoh. 

Antara barang-barang yang dikenalpasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat, sos cili, mee segera dan lain-lain. 

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun mereka pula dimarahi olehnya. 


"Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai bangla ini," tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.







Sementara itu di media sosial netizen mempersoalkan bagaimana warga asing boleh memperoleh lesen untuk membuka kedai runcit. Malah turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. 


from The Reporter http://ift.tt/2ARktlt
via IFTTT