"Kadang-kadang aku kasihan tengok pakcik teksi cari rezeki. Dah dekat sejam dia berdiri depan tangga orang turun KTM sambil sapa semua yang turun dengan panggilan 'Teksi! 'Teksi!' berulang-ulang kali tanpa jemu dan terus senyum.
"Tiba-tiba sebak pula rasanya. Tiada seorang pun nak naik teksi. Doakan mereka," kata Ilman Mie yang kebetulan menunggu bas di situ.
Kadang aku kesian tgok pak cik teksi cari rezeki. Dah dekat sejam dia berdiri depan tangga orang turun KTM sambil sapa semua yang turun dgn panggilan Teksi teksi berulang2 kali tanpa jemu dan terus bersenyum. Tiba2 sebak pulak rasa, xda sorang pun nak naik teksi. Doakan mereka http://pic.twitter.com/bN2tGFa38b— Ilman Mie (@Ilmanhizami_) November 30, 2017
Tweetnya itu mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati nasib golonga pemandu teksi yang dikatakan semakin hari semakin kehilangan pelanggannya kerana ramai yang beralih pada perkhidmatan Uber/Grab.
"Hmm, rezeki tak ada. Zaman sekarang banyak guna Uber daripada teksi sebenar. Ayah aku pemandu teksi dapat rasa kesedihan nak mendapatkan duit. Sepatutnya negara kena bantu pemandu teksi menaik taraf perkhidmatan mereka, bukannya membiarkan seperti ini. Mengeluh kadang-kadang tengok situasi seperti ini," kata Amirul Adam.
Meskipun ramai yang kasihan dengan nasib pemandu teksi, namun mereka menegaskan caj tambang yang dikenakan oleh Uber/Grab jauh lebih murah daripada teksi yang adakalanya mengenakan tambang yang tidak masuk akal.
"The cost of kemajuan. Tauke mancis muflis sebab muncul lighter. Tauke typerwriter muflis sebab computer. Masa sentiasa berjalan. Kadang-kadang ada orang tercicir dan kita kenalah cuba juga menolong. Tetapi society akan sentiasa head towards what's new. Catch up or be left behind," kata Daud Aiman.
from The Reporter http://ift.tt/2zGzx1c
via IFTTT