LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

RUZMAN mengaku bersalah atas tuduhan mendatangkan cedera parah di kepala ibunya, Meriam.Namun Apa Jawapan Balas Daripada Ibu nya Itu Benar-Benar Membuatkan Kita Terpana !


RUZMAN mengaku bersalah atas tuduhan mendatangkan cedera parah di kepala ibunya, Meriam.


Kota Bharu: Biarpun menerima lima jahitan di kepala akibat dihentak dengan kerusi kayu, seorang ibu masih sanggup memaafkan perbuatan anak lelakinya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Meriam Yusoff, 64, berkata, dia berharap hukuman terhadap anaknya, Muhamad Ruzman Hassan, 31, diringankan kerana sudah memaafkan kesalahannya.

“Saya sudah berfikir selama seminggu dan sudah memaafkannya. Oleh itu saya mahu dia dikenakan hukuman ringan.

“Keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa siapa yang paksa,” katanya ketika memberi keterangan impak mangsa (VIS) di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Nik Habri sebelum menjatuhkan hukuman menasihatkan tertuduh dan orang ramai supaya mengambil pengajaran terhadap kesalahan itu.

“Berdasarkan fakta kes, ini kesalahan berat kerana menyebabkan kecederaan parah kepada ibu sendiri.

“Kalau ikutkan saya memang nak bagi lama sebab mak ni tak nanti (bukan sahaja) mendatangkan kecederaan parah, jentik telinga pun tidak boleh. Tapi mak kamu masih sanggup maafkan kamu.

“Harapan saya dengan hukuman ini dapat menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam untuk berbuat baik kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap tertuduh.

Terdahulu, Muhamad Ruzman mengaku bersalah terhadap tuduhan mendatangkan kecederaan parah di kepala Meriam dengan menggunakan kerusi kayu di dalam rumah di Pengkalan Chepa di sini pada jam 4 petang, 31 Ogos 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengamuk dan memukul mangsa menggunakan kerusi kayu menyebabkan mangsa menerima lima jahitan di kepala.

Pada masa yang sama tertuduh didakwa memukul mangsa di bahu sehingga lebam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahmeera Mustafa manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/