LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Disangka Hanya Sakit Perut Biasa Tetapi Penjelasan Doktor Ini Bakal Buat Anda Terpana




New Delhi: Sekumpulan doktor di sini terkejut apabila menemui 838 batu karang ketika melakukan pembedahan terhadap seorang wanita yang mereka syaki menghidap kanser.

Pushpa Devi, 60, tidak boleh makan atau minum dan mengalami sakit perut yang teramat sangat di samping sering demam sejak lebih setahun lalu.

Hasil imbasan CT menunjukkan ketumbuhan besar pada pundi hempedunya menyebabkan pakar mengesyaki dia menghidap kanser sehinggalah mereka mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialami Pushpa.

Mereka mengeluarkan 838 ‘bebola’ itu yang terbentuk hasil daripada gumpalan garam.

Wanita itu dibenarkan pulang beberapa hari selepas menjalani pembedahan.

Dr Amit Javed yang mengetuai sepasukan doktor yang melakukan pembedahan terhadap Pushpa di sebuah hospital di Delhi berkata: “Dia kelihatan terlalu sakit ketika datang untuk mendapatkan rawatan. Keadaannya bertambah teruk apabila doktor tersilap memberinya ubat kerana menyangka dia hanya sakit perut.”

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan imbasan, pakar perubatan mengesyaki Pushpa menghidap kanser hempedu dan menjalankan pembedahan serta-merta.

“Kami terkejut apabila menemui 838 batu karang dalam pundi hempedunya. Ia kes luar biasa dan juga rumit.

“Keadaannya begitu teruk hingga kami terpaksa membuang sebahagian hatinya bersama dengan hempedunya,” kata Javed.

Bagaimanapun, 838 batu karang itu bukan satu rekod di India.

Tahun lalu, doktor di Jaipur mengeluarkan 12,000 batu karang dari hempedu seorang lelaki berusia 49 tahun.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/