LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Kenapa Letakkan Allah SWT Dengan Harga Yang Murah Di Hari Perkahwinan Kita?!



Seorang kenalan, muslimah yang baru meletakkan hijab di atas kepalanya, telah membuka hijab pada hari perkahwinannya. Sedih, memang sedih dan terkejut dengan berita itu.
Kenapa adikku?
Pakai tudung tak nampak cantik di atas pelamin?
Jadi tujuan walimatul urus adalah untuk mempertontonkan kecantikan itu kepada yang bukan muhrim?
Kenapa letakkan Allah SWT pada harga yang murah semata-mata nak nampak cantik dalam foto perkahwinan? Bukan nak merendahkan awak tapi memang terkejut.
Kenapa?
Sebab mak andam suruh?
Kenapa diturutkan kata mereka yang jahil itu. Hijab dan menutup aurat masih perlu dititikberatkan pada hari perkahwinan, masih menjadi wajib dan perlu mengikut syariat. Islam dan syariat tidak boleh direhatkan pada masa-masa tertentu.
Hanya dengan bisikan syaitan dan pujuk rayu, kau melemparkan hijab yang telah menutup maruah dan dirimu untuk sekian lama. Tidakkah kau rasa bogel, apabila diri itu dipertontonkan, apabila kecantikan dijunjung oleh orang selain suamimu.
Jadi, mana haknya sebagai suamimu apabila isteri menjadi bualan nafsu lelaki lain?
Apa makna mahar yang diberi dan ijab kabul yang dilafaz?
Tudung bukan hanya sekeping kain yang boleh diketepikan tetapi disebaliknya adalah tuntutan dari Yang Maha Esa.
Bukankah tujuan hidup ini adalah untuk menyembah dan beribadat padaNya?
Nak jadi pengantin yang cantik tak perlu menayangkan aurat dan rambut. Kerana biarlah kau nampak hodoh di mata mereka tetapi secantik bidadari di mata suamimu. 



Sumber : akuislam.com


via Bin Usrah

from Viral Semasa http://ift.tt/2neYjim
via IFTTT