LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Ayah, tolong... Saya tersepit'Cerita Bagaimana Bapa Yang Patah Pinggang Datang Selamatkan Adik Ini Ramai Buat Orang Terharu..Doakan L:ah Yang Terbaik Untuk nya

Foto ikhsan DetikNews
Pidie Jaya: “Ayah, tolong... Saya tersepit,” jerit seorang kanak-kanak berusia empat tahun ketika serpihan bangunan rumah kedai menghempap dirinya dalam kejadian gempa bumi semalam.
Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Adnan dari Desa Rawa, Tringgadeng kemudian diselamatkan bapanya yang cuba untuk berdiri walaupun mengalami patah pinggang.
Nenek Adnan, Siti Aisyah berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga nyenyak tidur sebelum gegaran gempa membangunkan isi rumah berkenaan.
“Ketika mahu menyelamatkan diri, bangunan tempat tinggal kami tiba-tiba runtuh.
“Bapa Adnan yang patah tulang pinggang berusaha bangun menyelamatkan isteri dan tiga anak yang lain,” katanya.
Katanya, Adnan mengalami kecederaan di kepala, manakala ayah dan ibunya parah. - DetikNews

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

Related Posts :