LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Zaman Sekarang Ini Mencuri Benda Ni Boleh Dikenakan Hukuman Penjara..Tapi Malu nya..Kenapalah Nak Curi Benda Tu !

Kuala Lumpur: Terpikat dengan pakaian dalam wanita rakan serumahnya, Mohamad Firdaus Mohsin yang mencurinya dan mengaku bersalah di Mahkamah Majistrest di sini hari ini, dikenakan hukuman penjara tiga bulan.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Firdaus, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri baju dan seluar dalam wanita yang keseluruhan bernilai RM400 milik Goh Yee En, 21, rakan serumahnya di sebuah unit kondominium, Jalan Danau Saujana, Setapak, pada 5 petang, empat hari lalu.
Mahkamah memerintahkan Mohamad Firdaus menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapan iaitu 10 September lalu.
Tertuduh, pembantu dapur sebuah hotel, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda, dan hukuman penjara serta denda bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.
Menurut fakta kes, Goh, seorang pelajar kolej swasta mendapati beberapa pakaian dalam miliknya hilang dari bilik namun tidak menjumpai kesan ceroboh memandangkan tombol pintu biliknya dalam keadaan baik.
Goh yang curiga, memasang kamera web dan ketika melihat rakaman mendapati kelibat lelaki yang tinggal di bilik sebelah berada dalam biliknya dan mengambil pakaian dalamnya.
Hasil siasatan mendapati tertuduh masuk ke dalam bilik Goh menggunakan kunci yang tertinggal dan mengaku mengambil kesemua pakaian dalam itu kerana kelihatan cantik.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/