Rahim, pelawak kumpulan popular Sepahtu, beraya dengan bergaya tahun ini apabila pulang ke kampung dua isterinya di Johor. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 17 Jul — Syawal tahun ini lebih bermakna buat pelawak Rahim Sepahtu kerana pertama kali merayakan Aidilfitri di kampung kedua-dua isterinya.
Rahim, 46, berkata isteri kedua yang dinikahi lebih setahun lalu juga berasal dari Johor, maka memudahkan urusan berhari raya bersama isteri pertama.
“Tidak ada masalah. Malah ini raya pertama saya ada dua tempat berbeza. Isteri pertama di Batu Pahat dan isteri kedua di Simpang Renggam.
“Saya berterima kasih kepada isteri yang memahami jadual saya. Mereka sangat bertolak ansur dan bekerjasama.
“Saya orang Klang. Mak dan ayah pula sudah tidak ada. Saya tidak ada masalah beraya. Jadi isteri saya yang jadualkan untuk pergi ke mana,” katanya ketika ditemui ProjekMMO sewaktu majlis pratonton filem “Zack Kapcai” pada Selasa.
Dalam filem itu, yang mula ditayangkan di pawagam pada Khamis, Rahim membawa watak Rudy, bapa Zack yang dilakonkan Fad Bocey.
Rahim bersyukur dapat isteri pertama yang sanggup berkongsi kasih demi membolehkannya berpoligami. — Foto oleh Choo Choy MayPelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan termasuklah Shuk SYJ, Serina Redzuawan dan Julia Marin.
Rahim, atau nama rasminya Rahim Mat Ali, berkata kedua-dua isteri yang menetap di Shah Alam memudahkan urusan giliran untuk berlaku adil sebagai seorang suami.
Katanya, penghargaan harus diberikan kepada isteri pertama Norazlin Abdullah, 39, yang sanggup berkongsi kasih.
“Sudah setahun lebih kahwin, cuma media tidak tahu. Mereka duduk berhampiran di Shah Alam. Saya berterima kasih pada isteri pertama saya,” katanya, sambil tersenyum.
Ditanya adakah minatnya untuk berpoligami mendapat dorongan Salih Yaacob, yang juga penyampai radio Sinar FM, Rahim segera menafikannya.
“Tidak adalah. Saya percaya pada jodoh,” katanya, ringkas.
Sumber: Themalaymailonline.com