Mesti ramai lagi lelaki dan wanita diluar sana yang masih single dan belum bertemu lagi dengan pasangan hidup. Bila anda baca je artikel ni, mesti akan mula rasa risau!
Kajian oleh penyelidik baru-baru ini mendapati, individu yang masih single dan keseorangan berada di tahap bahaya kerana mungkin boleh mendapat serangan jantung dan strok.
Sebanyak 23 kajian yang dilakukan dan melibatkan responden seramai 181,006 berusia 18 tahun ke atas.
Rasa kesepian & kurang sosial boleh menyebabkan mati awal
Laporan dari India Times mendapati, hasil dari kajian tersebut mendapati, hidup rasa kesepian dan kurang bersosial boleh meningkatkan 29 peratus risiko penyakit jantung dan 32 peratus diserang strok.
Rasanya sunyi dan kesepian boleh menyebabkan sistem imunisasi menjadi lemah, tekanan darah tinggi dan lebih parah boleh menyebabkan kematian awal.
Kesepian buatkan seseorang rasa rendah diri & kurang bersosial
Kajian juga mendapati, mereka yang tidak mempunyai pasangan mudah merasa rendah diri dan akhirnya kurang bersosial.
Namun, ia hanya berdasarkan kajian dari para penyelidik sahaja. Faktor-faktor lain seperti pola hidup dan cara pemakanan juga boleh mempengaruhi risiko diserang penyakit jantung dan strok.
Sumber : http://hanasuva.com/