LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Bergaduh Melalui Mesej!

Teknologi sekarang semakin canggih dan makin ramai juga yang menyalahgunakan untuk kepentingan sendiri.
Sebab tu anda perlu elakkan bergaduh menerusi mesej kerana mana tahu orang tu ada niat jahat sampai sebarkan di media sosial.
Bukan itu saja, macam tak puas je kalau nak bergaduh menerusi mesej. Jumpa depan-depan baru best.
Jadi, 6 sebab kenapa anda perlu elakkan bergaduh menerusi mesej!

1. Anda tak tahu reaksi mereka

Paris-hilton-text-ok-gif

Kalau bergaduh menerusi mesej, anda tidak tahu reaksi mereka. Walaupun mesej anda tu bunyi macam tengah marah gila, entah-entah mereka anggap mesej tu macam biasa je.

2. Anda tak tahu nada suara mereka

Gifs-for-your-friends-breakup-kill-him-angry-woman

Bila tengah marah memang tinggi suara je. Tapi kalau gaduh menerusi mesej, macam mana nak tahu orang tu tengah marah ke tak? Buat penat tangan je anda dok menaip dalam keadaan tengah marah.

3. Kemungkinan apa yang anda mesej tersebar di media sosial

6

Hati orang siapa yang tahu. Mana la tahu jika anda bergaduh dengan pasangan anda dan mengeluarkan kata-kata kurang enak, lepas tu tersebar di media sosial. Tak ke malu!

4. Anda mungkin tidak faham maksud sebenar mesej

1

Bila tengah marah, kadang-kadang kita tak faham maksud sebenar mesej tersebut. Lagi parah jika anda menyalah erti maksud mesej tersebut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

5. Anda tak tahu apa sedang dia lakukan ketika bermesej

5

Ketika anda meluahkan rasa marah menerusi mesej, anda tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan. Kadang-kadang mesej anda tidak akan dilayan mungkin kerana si dia sedang sibuk. Jadi, sia-sia je la anda hantar berpuluh-puluh mesej.

6.. Pergaduhan anda tak akan habis 

text-clingy-gif
Bagi pasangan yang selalu bergaduh menerusi mesej, mesti setuju dengan kenyataan ini. Bila bergaduh menerusi mesej, rasa marah tu tak boleh di kawal. Mesti akan keep onhantar mesej untuk serang balas. Memang tak akan habis.

Sumber : 
http://hanasuva.com/