LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

(4 GAMBAR)Doktor China Berjaya Keluarkan 12 Batang Jarum Dari Badan Bayi Mangsa Dera

Doktor di Beijing berjaya mengeluarkan 12 batang jarum dari badan seorang bayi perempuan 11 bulan, Fan Zixuan, hanya dalam satu pembedahan, walaupun sebelum ini menjangkakan pengeluaran jarum-jarum tersebut perlu dilakukan melalui beberapa pembedahan.
xray-needles
Ibu bapa bayi perempuan itu membawanya ke hospital pada 20 Oktober lepas setelah mereka mengesan bengkak dan tompok merah di badan anak mereka. Foto sinar X menunjukkan 12 batang jarum suntikan dan jarum jahit tertanam dalam daging tubuh bayi itu.
xray-needles4
Keluarga itu yang berasal dari wilayah Shandong terpaksa meminjam wang berjumlah 70, 000 yuan untuk membiayai perbelanjaan pembedahan setelah anak mereka dipindahkan ke sebuah hospital di Beijing.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pembedahan itu dikatakan mengambil masa lima jam.
Bayi itu dipercayai didera oleh ibu saudaranya, yang telah membunuh diri pada 24 Oktober lepas dengan minum racun serangga.
Bapa bayi itu, Liu, mendakwa kira-kira dua bulan lepas, dia memandikan bayi itu yang asyik menangis. Liu kemudiannya menemui jarum di dalam anus bayi itu. Liu menyangkakan anaknya tertusuk jarum itu secara tidak sengaja kerana kanak-kanak itu agak aktif.
Dia selepas itu menemui tiga jarum tertanam di peha, perut dan punggung kanak-kanak itu, namun masih menyangkakan ia tertusuk sewaktu anaknya duduk.
Dalam nada kesal Liu berkata:-
Kini saya tahu bahawa ada orang dera anak saya dengan teruk.

xray-needles3
Pada mulanya pengguna Internet China membuat spekulasi 12 jarum itu ditusuk sendiri oleh ibu bapanya sebagai satu amalan yang dikatakan membolehkan pasangan itu mendapat anak kedua berjantina lelaki.
child-needles1
Bapa anak itu, bagimanapun menafikan dakwaan itu, kerana dia dan isteri tidak mungkin akan mendapat anak lagi setelah isterinya menjalankan proses mencegah kehamilan kekal.

Laporan asal: Sina
Kredit : http://amazingnara.com/