Haaa…siapa yang selalu marah atau selalu membetulkan kesalahan ejaan orang lain, dianggap teruk! Yela, typo je kot, takkan sampai nak marah-marah!
Ini bukan kami yang cakap, tapi ianya berdasarkan sebuah kajian. Jangan nak bengang tak tentu pasal okay!
Menurut sekumpulan ahli bahasa, mereka yang sensitif dengan kesilapan menaip dan kesilapan tatabahasa, dianggap ‘orang yang paling teruk’. Mesti ramai yang terasa kan!
Kajian tersebut dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University Michigan.
Seramai 83 responden terlibat dan mereka perlu membaca e-mel yang mempunyai kesilapan ejaan dan juga tatabahasa.
Kemudian mereka diminta untuk memberikan maklumat tentang diri mereka dan pendapat mereka tentang e-mel tersebut.
Mereka yang marah melihat kesilapan dalam ejaan, dianggap berfikiran sempit!
Seperti yang dijangka, kesilapan ejaan membuatkan seseorang itu menjadi marah, berfikiran sempit dan menjadi terlampau teliti.
Lebih parah apabila ada di antara mereka yang membaca sambil memaki hamun kerana terlalu banyak ejaan yang salah serta penggunaan tatabahasa yang tidak sesuai.
Apa yang pasti, orang yang jenis teliti dan berfikiran sempit dikatakan lebih sensitif atau pantang jika melihat kesilapan dalam ejaan.
Sumber : Hanasuva