Kalau sebelum kahwin, ramai wanita yang memiliki bentuk badan seperti pelakon cantik Rozita Che Wan.
Tapi lepas dah kahwin, ada anak lagi, habis semua gendut-gendut keluar. Suami dah tak syok nak tengok badan awak yang macam tong tu.
Anda boleh buat 10 perkara ini untuk kembalikan bentuk badan seperti anak dara! Suami pun makin sayang nanti!
1. Kurangkan skala makanan
Pakar mencadangkan, cara untuk kuruskan badan bukan dengan mengira berat makanan tetapi dengan memesan dua makanan pembuka dan tidak mengambil hidangan utama.
2. Hadkan hidangan makanan
Menurut Ellen Kunes, editor health.com, cara menghadkan diri dari mengambil makan terlalu banyak ialah dengan menyediakan bekas kecil. Jadi, anda tidak akan makan berlebihan.
3. Minum coklat ‘shake’
Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana mengandungi protein dan rendah kalori. Minuman ini buatkan anda rasa kenyang.
4. Sentiasa bawa buah
Menyimpan dan membawa buah di tempat kerja boleh menggelakkan anda dari mengambil makanan ringan yang lain.
5. Berus gigi selepas makan malam
Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.
6. Elakkan makanan berkalori tinggi
Elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas dan sebagainya.
7. Selfie dulu sebelum diet, sebab apa?
Sebelum anda mulakan diet, ambil gambar bentuk badan. Setiap kali anda hilang semangat untuk berdiet, lihat gambar itu untuk memotivasikan diri anda.
8. Pakai baju yang ketat
Dengan memakai pakaian yang ketat, ia akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah gemuk!
9. Minum air campuran timun kalau rasa lapar
Jika anda rasa lapar dan rasa nak makan snek ringan, cuba minum air yang dicampur dengan timun. Ia boleh buatkan anda kenyang.
10. Habiskan makanan terus
Masukkan makanan yang tak habis dimakan ke dalam bekas makanan dan simpan. Jangan biarkan makanan itu terbuka. Ini untuk elakkan anda dari terus makan walaupun sudah kenyang.
Sumber : Hanasuva