Kalau anda nak badan yang sihat dan jauh dari obesiti, cuba ikut diet Nabi Muhammad kerana Baginda merupakan contoh teladan untuk semua umat manusia.
Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengalami sakit perut walaupun sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan seorang yang menjaga pemakanannya.
Anda boleh cuba 7 diet cara Nabi Muhammad yang pastinya sihat.
1. Minum Susu
Susu adalah minuman kegemaran Nabi Muhammad. Susu kaya dengan kalsium, vitamin A dan B. Zat protein penting untuk melawan penyakit. Zat kalsium pula mudah diserap oleh badan.
2. Daging & ikan
Nabi Muhammad tidak minum susu ketika makan daging, ayam atau ikan kerana dikhuatiri akan mudah diserang penyakit. Sains membuktikan campuran makanan ini boleh merosakkan perut dan usus.
3. Elak makan campur
Dalam al-Quran ada melarang supaya tidak campurkan makanan darat bersama makanan laut kerana mengandungi cas ion yang berbeza. Jika kita campurkan akan menyebabkan masalah perut.
4. Makan Buah sebelum makan nasi
Nabi Muhammad sentiasa makan buah-buahan dahulu sebelum makan nasi. Makan buah sebelum makan nasi, buatkan perut penuh dengan serat dan kita tidak akan makan nasi berlebihan.
5. Habbatussauda, barli dan oat
Makanan ini baik untuk kesihatan jantung serta dapat membantu mengatasi kegemukan melampau. Ia juga dikatakan mampu mencegah kanser.
6. Makan roti asli
Gandum sempurna mempunyai banyak perbezaan dengan gandum proses dari segi protein, serat dan vitamin E. Gandum juga membekalkan tenaga dan juga zat logam yang lain.
7. Buah tamar
Kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak menjadikan buah tamar paling digemari oleh Nabi Muhammad. Nabi mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang yang miskin.
Sumber : Hanasuva