Lelaki meninggal dunia tercekik ayam
12 Mac 2016 11:59 PM
255 12 Google +1
JAKARTA 12 Mac - Seorang lelaki Indonesia maut akibat tercekik ayam goreng semasa menyertai satu pertandingan makan ayam yang dianjurkan sebuah rangkaian restoran KFC di Jakarta Barat, semalam.
Fredy Jayadi, 45, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan itu cuba menghabiskan kepak ayam, yang juga ketulan ayam ketiga dan terakhir yang perlu dihabiskannya.
Ketua polis tempatan, Taufik Iksan dipetik sebagai berkata, Fredy meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Katanya, polis kini menyoal siasat penganjur pertandingan itu yang diadakan di seluruh rangkaian premis KFC di Jawa dan Bali yang menawarkan hadiah sebanyak 5 bilion rupiah (RM1.5 juta).
Menurut laporan Tribunnews.com, Fredy bersama dua peserta lain dikehendaki makan tiga ketul ayam dalam masa lima minit dengan peserta paling awal menyudahkan hidangan itu diumumkan sebagai pemenang.
Ketika menghabiskan ayam ketiga, Fredy secara tiba-tiba tersedak yang mendorongnya untuk minum air.
Lapor portal itu, Fredy kemudian terus makan sehingga dia tercekik sebelum dia diberikan pertolongan kecemasan dan dibawa hospital berhampiran.
– DPA/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-meninggal-dunia-tercekik-ayam-1.199952#sthash.bObxjXb5.dpuf - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-meninggal-dunia-tercekik-ayam-1.199952#sthash.bObxjXb5.dpuf