Izreen yang sebelum ini pernah berkahwin namun tidak kekal lama, juga tidak rela menghancurkan hati wanita lain. Namun takdirnya sudah tertulis apabila dia terpaksa berkongsi kasih dengan suami orang.
"Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama. Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.
"Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri," katanya.
Terdahulu, Intan Liana Saleh, 32, isteri pertama kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, mengaku bahawa dia terpaksa reda dan menerima Izreen sebagai madunya.
Ude juga mengaku telah melangsungkan pernikahan bersama Izreen pada 8 Ogos lalu dengan sekali lafaz pada jam 10 pagi.
"Saya minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan segala-galanya," katanya.
"Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.
"Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya. Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik," kata dengan harapan penjelasan yang dibuat itu sudah cukup dan tidak dipanjangkan bagi menjaga hati dan perasaan pihak lain.
BERITA BERKAITAN:
BERITA BERKAITAN:
- Intan reda suami berpoligami dan terima Izreen sebagai madu, namun Izreen kesal ada pihak cuba keruhkan keadaan
- 'Hentikan spekulasi, Intan dan Izreen adalah isteri saya'
from The Reporter http://ift.tt/2AAJyAx
via IFTTT