Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 11.12 pagi tadi di sebuah pusat beli di Karamunsing, Sabah, mangsa dipukul dan kepalanya dihentak dengan lutut kaki lelaki berkenaan.
Menurut sumber yang memuat gambar suspek dan video kejadian itu berkata, pihaknya sedang mencari lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang mengetahui di mana lelaki itu berada, tampil memberikan maklumat.
"Kes pukul perempuan. Tolong viralkan. Laporan polis sudah dibuat. Kami sedang mencari orang ini," tulisnya.
Malangnya, tindakan mangsa itu membuatkan suspek berang lalu memukul mukanya sebelum menghentak kepala mangsa dengan lutut sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian hidung.
Suspek kemudian meninggalkan mangsa dan terus menghilangkan diri.
Menurut rakan mangsa, suspek yang memulakan pergaduhan itu dulu.
"Dia kerap memburuk-burukkan jenama kami. Selepas itu kawan saya sindir dia. Selama ini mereka selalu memburuk-burukkan jenama kami tapi kami tak pernah pula pukul mereka.
"Ini sudah jelas mereka yang bersalah sampai sanggup pukul orang. Kalau jenama mereka memang bagus, tak perlu nak burukkan jenama orang lain.
"Sama-sama ada salah. Dia tidak akan kena sindir kalau dia tak burukkan jenama orang lain," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2npMEBY
via IFTTT