LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Anak melecur terkena air panas


Viral di media sosial gambar seorang kanak-kanak ditahan di wad hospital yang melecur akibat terkena air panas. Gambar yang tersebar itu dimuat naik oleh individu bernama Zuliatte, namun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian. 

Untuk makluman ibu bapa, sekiranya kejadian seperti ini berlaku pada anak kecil, ketahui beberapa langkah rawatan awal yang anda boleh lakukan. 




1. Lalukan anggota badan yang tercedera itu dengan air paip selama lima hingga 10 minit atau sehinggak esakitan tidak lagi dirasai. Kemudian, tuam dengan tuala sejuk bagi melegakan kesakitan. Elakkan dari menggunakan ais secara langsung kerana ia boleh menghalang pengaliran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu sensitif. 


2. Jika anggota badan melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal, tanggalkan serta-merta agar kulit boleh segera disejukkan sebelum ia 'masak'. 

Kulit yang melecur akibat terkena air panas boleh 'masak' secara perlahan-lahan kerana sumber haba tidak dihentikan.


3. Elakkan dari aplikasikan petua-petua yang pelik, yang bimbang boleh mendatangkan kemudaratan pada anak seperti menggunakan tepung, ubat gigi, kicap dan sebagainya. Jika kesan melecur itu kecil dan berlaku pada orang dewasa, petua itu mungkin boleh digunapakai. Tetapi jangan sesekali melakukannya sebagai langkah kecemasan pertama terutamanya pada anak kecil yang sedang kesakitan. 


4. Selepas beberapa hari, kawasan kemerahan akan mula surut dan ada sesetengahnya melepuh. Apa yang anda perlu lakukan ialah, sapu kawasan ini dengan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar. 

Jangan cuba pecahkan gelembung itu kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Elakkan dari menyapu losyen, bedak atau sebarang petua yang tidak diyakini keberkesanannya kerana ia berisiko kepada jangkitan. 

5. Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.  Kesan melecur ringan kebiasaannya boleh sembuh dalam masa satu hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan kecederaan tersebut. 

Jika kawasan kecederaan tidak menunjukkan tanda akan pulih, bengkak, bertambah merah, berbau atau semakin teruk, jangan tunggu lama lagi dan terus dapatkan rawatan doktor kerana ia berkemungkinan sudah terkena jangkitan. 

Kulit anak kecil adalah sensitif dan sangat mudah dijangkitkan kuman jika berlaku kecederaan. Ibu bapa dinasihatkan, sentiasa mengutamakan kesihatan anak dan pelajari ilmu asas rawatan kecemasan jika berlaku kejadian yang tidak diingini pada anak masing-masing. 

Sumber rujukan: Sirap Limau


from The Reporter http://ift.tt/2BCpmvZ
via IFTTT