KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Shahul Hamid Seeni Muhammad mengeluarkan satu kenyataan di mana umat Islam dilarang menggunakan telefon atau gajet untuk bermain permainan seperti 'Snakes and Ladders', lapor
mStar Online.
Terdahulu, penceramah berkenaan dalam satu videonya yang viral meminta umat Islam tidak mengunjungi salun rambut yang diusahakan oleh orang bukan Islam.
Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube, Shahul diminta memberi pandangan mengenai penggunaan iPad di kalangan kanak-kanak sehingga mereka leka dan tidak mahu membaca Al-Quran dan hadis. Menjawab persoalan itu, Shahul berkata, ia merupakan satu dosa dan tidak boleh dibiarkan berlaku.
"Bermain permainan video, daripada apa yang saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram. Permainan dam, catur, Snake and Ladders, semua tak boleh," katanya.
Selain itu, Shahul turut melarang permainan pengumpulan aset seperti Saidina dan Monopoly serta permainan Solitaire yang terdapat pada setiap komputer kerana ia boleh menjurus ke arah perjudian.
Malah katanya, hukum bagi pelajar yang gemar menghabiskan masa bermain permainan tembak menembak di kafe siber juga adalah haram.
"Tak ada ke jurutera yang bagus dan boleh membuat permainan yang lebih Islamik? Kalau ada permainan seperti ini, pemahaman terhadap Islam pasti dapat ditingkatkan," katanya.
Video berkenaan yang dipercayai sudah lama dirakam telah dimuat naik ke laman Youtube oleh satu akaun bernama News Feed.
from The Reporter http://ift.tt/2xVbD5a
via
IFTTT
Related Posts :
'Mungkin anjing itu terkejut dengar bunyi rempuhan, lalu terus menggigit kepala dan telinga anak saya'
BATU PAHAT, JOHOR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah digigit anjing selepas … Read More...
'Semua benda nak tunjuk, patutlah hidup tak tenteram' - Netizen kecam Dato' Aliff Syukri
Dua jam yang lalu, jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik gambar penyata KWSP… Read More...
Berang ditegur pasang muzik terlalu kuat, 15 lelaki tetak remaja 17 tahun
PASIR GURANG, JOHOR - Seorang remaja lelaki cedera parah di bahagian belakang badan dan kepala aki… Read More...
'Hati-hati, lelaki ini pukau dan ambil semua barang kemas nenek saya!'
Viral di media sosial, status Facebook seorang wanita yang meminta orang ramai berhati-hati dengan… Read More...
Kantoi curang, suami tembak isteri hamil 3 kali selepas mangsa enggan kembali ke pangkuannya
THAILAND - Seorang anggota tentera ditahan kerana sengaja menembak mati isterinya yang hamil… Read More...