GUANGDONG, CHINA - Akibat menghabiskan masa yang terlalu lama bermain permainan di telefon pintar, seorang wanita berusia 21 tahun hilang penglihatan mata sebelah kanan, lapor Shanghaiist.
Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan telah menghabiskan masa bermain permainan 'King of Glory' di telefon pintarnya sepanjang hari di rumah ibu bapanya.
Namun apabila menjelang waktu petang, mata sebelah kanannya tiba-tiba tidak dapat melihat apa-apa menyebabkan dia panik.
Wanita itu kemudian bawa ke hospital, malangnya doktor tidak dapat mengenal pasti apa punca mata kirinya menjadi begitu. Selepas empat hari menjalani pemeriksaan, doktor akhirnya menemui punca masalahnya.
Jelas doktor, pihaknya mengalami kesukaran untuk mendiagnosis keadaan wanita itu mungkin disebabkan keadaannya hampir sama dengan masalah hilang penglihatan di kalangan orang tua. Namun bagi wanita itu, berkemungkinan besar disebabkan matanya mengalami ketegangan yang teruk, kerana bermain permainan itu untuk jangka masa yang lama tanpa berehat walaupun seketika.
"Hari itu saya tidak bekerja dan biasanya bangun pada jam 6 pagi untuk bersarapan dan bermain permainan itu sehingga jam 4 petang," kata wanita itu mengenai tabiatnya yang gemar bermain permainan tersebut.
"Kemudian saya makan, tidur untuk tempoh masa sekejap dan bermain sehingga jam 1 pagi.
"Alangkah baiknya jika saya mendengar nasihat ibu bapa saya sebelum ini yang seringkali mengingatkan saya tidak bermain game terlalu lama," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2xXYLI8
via
IFTTT
Related Posts :
Hidup ini singkat, kita tidak tahu bila kita akan 'berangkat' - Tauke Jambu
Baru-baru ini, pelawak, Tauke Jambu, berkongsi kata-kata yang sangat deep di akaun Instagramnya. R… Read More...
2 minggu anak batuk, muntah susu setiap kali diberi susu, rupanya menghidap Pneumonia gara-gara didekati perokok
Anak baru berusia sebulan lebih, namun disahkan menghidap pneumonia gara-gara didekati perokok. Me… Read More...
"Suci anak yang kuat, kan? Suci jangan tinggalkan mama ye, nak?" - Ibu kongsi cerita anaknya hidap penyakit Protein C Deficiency
Viral gambar kaki dan punggung seorang bayi yang kehitaman dek penyakit, di media sosial mencetus… Read More...
[NSFW] Lelaki mabuk dicabul sebelum dirompak lelaki gay
CHINA - Padah mabuk sehingga tidak sedarkan diri, seorang lelaki bukan sahaja kehilangan dompet da… Read More...
'Abang, maafkan saya kerana kejam' - Wanita kongsi cara bagaimana dia manfaatkan wang hantaran RM12,000
Biasa dengar wang hantaran cecah ribu atau puluhan ribu ringgit. Tetapi ke mana arah tuju duit itu… Read More...