CHINA - Hajat seorang lelaki merompak sebuah kedai menemui kegagalan apabila rancangan jahatnya itu tergendala dek pintu automatik premis tersebut.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, sekitar jam 4 pagi, pintu premis berkenaan mula ditutup sebaik saja pemiliknya keluar dengan menaiki motosikal.
Dalam kesempatan itu, lelaki terbabit cuba berlari memasuki ke dalam premis itu. Namun, belum sempat dirinya masuk ke dalam kedai, pintu automatik itu telah tertutup dan menimpa kakinya, menyebabkan lelaki itu terperangkap.
Pencuri itu cuba melepaskan dirinya selama beberapa minit, malangnya segala usahanya tidak menemui kejayaan sebelum dia terus baring dan pasrah dengan nasibnya, serta menunggu hari siang agar pihak polis datang menyelamatkannya.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek menafikan dakwaan kononnya dia cuba memasuki premis tersebut.
"Saya bersumpah, ia tidak seperti apa yang awak sangkakan," katanya,
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan CCTV premis berkenaan menunjukkan keadaan sebaliknya.
from The Reporter http://ift.tt/2iGnT24
via
IFTTT
Related Posts :
'Inilah balasan untuk saya yang menghambakan ibu bapa'Dari kecil ibu bapa menjaga kita, sehingga usia di mana kita sudah mampu berdikari. Pada ketika itu,… Read More...
Baru hari pertama kerja, dah rembat barang kemas RM50,000
KULIM, KEDAH - Baru hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampi… Read More...
'Saya (pengasuh) cuti sehari pun, parents nak tolak gaji'
Luahan Pengasuh
Saya pengasuh di kawasan Kuala Lumpur. Ambil upah jaga baby, RM35 dan untuk budak… Read More...
Bila tiba masa makan, semua ahli keluarga wajib berkumpul di meja makan kerana itulah 'pusat pentadbirannya'
Oleh Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan
MEJA MAKAN
Ini meja makan di rumah saya. Anda lihat susun … Read More...
Cuai, kanak-kanak lemas dalam baldi
IPOH, PERAK - Seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman… Read More...