OSAKA, JEPUN - Viral gambar dan video tiga lelaki yang dikatakan membuat onar ketika melancong di Jepun sehingga menyerang seorang kakitangan (rakyat Malaysia), merosakkan dan mengotorkan sebuah premis penginapan yang disewa mencetuskan rasa tidak puas hati pemiliknya.
Berdasarkan sumber, kejadian berlaku pada 17 Ogos 2017, Khamis, di Vitti Lodge di mana tiga individu berkenaan telah melakukan kerosakan pada dinding premis, membuang air besar di bilik mandi, merosakkan dinding dapur premis, menyerang kakitangan, dan melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang.
"Budak samseng Malaysia bawah umur 20 tahun melancong ke Jepun dengan budaya samseng. Sudahlah tertinggal kapal terbang, dapat duduk lodge secara percuma lagi. Dan pelajar Malaysia yang berbaju biru itu walaupun sudah diperlakukan sebegitu rupa, masih sanggup menolong membayar harga kerosakkan dinding yang dipecahkan oleh samseng kedua dalam video ini. Harga ganti rugi ialah 100,000 yen!
"Dan yang paling kemuncak ialah, salah seorang dari tiga samseng ini meninggalkan lodge ini pagi tadi dengan meninggalkan tahi beliau di shower room!
"Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini, katalah. Penat orang-orang lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas.
"Jika pengurusan lodge di Jepun ini menviralkan perkara ini di Jepun, wallahualam. Habislah nama baik kita yang telah dijaga selama ini. Sungguh menghampakan!," tulis individu bernama Kamarul Ilmar Rosli.
Difahamkan, pemilik lodge, Ema Vitti, telah memuat naik gambar Facebook dan video rakaman tiga suspek berkenaan dan meminta waris mereka tampil untukm membuat tuntutan ganti rugi.
Ketiga-tiga suspek juga dikatakan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai semalam dan dijangkakan telah tiba di KLIA 2 jam 12 tengah malam tadi.
Pihak pemilik premis juga telah membuat laporan kepada pihak polis di Jepun dan pihak media juga sudah dimaklumkan.
from The Reporter http://ift.tt/2fT0TvW
via
IFTTT
Related Posts :
'Sebenarnya dia lelaki yang baik, tak lupa tanggungjawab (nafkah) walaupun sudah bercerai'
"Saya minta maaf, saya telah memilih jalan yang salah dan mengaibkan bekas suami," demikian tulis … Read More...
Tak sedar bonggol di depan, kereta melambung dan rempuh 3 kenderaan lain
YONG PENG, JOHOR - Video sebuah kereta yang dipandu dengan laju bertembung dengan tiga buah kender… Read More...
'Dah memang itu harganya, kami tak aniaya pelanggan' - Bihun Sup RM13.50 semangkuk
KEPALA BATAS, PULAU PINANG - Pemilik gerai Bihun Sup Berapi menafikan dakwaan seorang lelaki kono… Read More...
Rugi RM30,000 majlis pernikahan dibatalkan, lelaki saman bekas tunang
KUALA LUMPUR - Tinggal 21 hari lagi majlis perkahwinan berlangsung, seorang pereka bentuk dalaman … Read More...
'Buat report polis cepat' - Suspek takut dibelasah orang ramai
AMPANG, KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera di bahagian kepalanya akibat dihentak dengan 'forklo… Read More...