OHIO, AMERIKA SYARIKAT - Seorang maut, manakala tiga lagi mangsa sedang bertarung nyawa selepas permainan The Fireball itu mengalami kerosakan di Ohio State Fair, lapor Daily Mail.
Remaja berusia 18 tahun tercampak ke tanah selepas sebahagian tempat duduk permainan itu tercabut dari kerangka asal dan mangsa maut serta-merta di tempa kejadian.
Kira-kira enam hingga tujuh orang yang juga dilaporkan mengalami kecederaan, tetapi kesemua mereka berada dalam keadaan stabil. Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7.30 malam.
Tiga mangsa yang cedera dibawa ke Ohio Health Grant Medical Center, sementara empat lagi mangsa dikejarkan ke Ohio State University's Wexner Medical Center, lapor Columbus Dispatch.
Salah seorang mangsa yang dirawat di tempat kejadian adalah kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun.
Video kejadian yang menakutkan itu tersebar di media sosial menunjukkan beberapa mangsa tercampak dari permainan itu selepas salah satu tempat duduknya tercabut.
from The Reporter http://ift.tt/2v2eK8X
via
IFTTT
Related Posts :
Buat apa nak tengking anak isteri/suami? Peluklah mereka
Oleh Muhammad Ahmad
Marah anak jangan sesekali pukul muka. Marah isteri jangan sesekali tengking … Read More...
Pandu lawan arus, Ng Pei Ven dibebaskan dari tuduhan guna dadah
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Ng Pei Ven, 19, dibebaskan dari pertuduhan memasukkan dadah ke dala… Read More...
Bunuh penuntut UiTM di lebuhraya, bekas tukang masak dihukum gantung sampai mati
TAIPING, PERAK - Bekas tukang masak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tai… Read More...
Berkat tidak merungut, tidak kedekut, jaga kebajikan orang tua, Alhamdulillah rezeki suami sentiasa bertambah & tak pernah putus
Dari Kisah Rumah Tangga
Salam warga KRT, saya cuma nak berkongsi sesuatu yang negatif bertukar m… Read More...
'Saya minta maaf, saya tidak berniat jahat dengan membunyikan hon kereta pada masa itu' - Toh Chai Eun
JOHOR BAHRU - "Saya tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan (mana-mana pihak) dengan m… Read More...