SEOUL, KOREA SELATAN - Seorang pengawal keselamatan berusia 30-an tergamak memukul dan menanam seekor kucing yang masih hidup tanpa diketahui puncanya, mencetuskan kemarahan netizen seluruh dunia.
Video yang dimuat naik Yihansol pada 24 April lalu menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan telah menggali lubang di tempat kerjanya di Dongdaemun - gu, untuk menanam kucing berwarna kuning belang yang patah bahagian kaki kanan belakang, dipercayai dicederakan oleh lelaki itu.
Selesai menggali, lelaki itu kemudian mengangkat kucing itu dan meletakkannya dalam lubang tersebut sebelum menghentak kepalanya dengan penyodok menyebabkan haiwan itu pengsan.
Di kesempatan itu, dia terus menimbus lubang tersebut dan dipijak-pijak dengan kakinya agar tanah di sekitar lubang itu mampat.
Dalam video kedua pada sebelah malamnya pula, ada beberapa individu yang datang dan menggali semula 'kubur' kucing yang malang itu.
Ekoran video viral itu, polis Dongdaemun menerima banyak aduan mengenai kejadian tersebut dan meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
Menurut sumber, lelaki terbabit akan didakwa di bawah Akta Pelindungan Haiwan kerana telah menanam haiwan berkenaan tanpa mengira haiwan itu masih bernyawa.
Selain itu, Yihansol juga melancarkan
petisyen yang menuntut pelakunya dikenakan tindakan tegas di atas perbuatannya membunuh kucing tersebut. -
The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2pSvL3x
via
IFTTT
Related Posts :
'Saya tak langgar lampu merah, lampu isyarat masih berwarna hijau di lorong saya' - Pemandu Proton Juara
NILAI, NEGERI SEMBILAN - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta Perodua Axia yang… Read More...
'Hampir jam 9 malam, budak ini masih berbaju sekolah & tertidur di tangga masjid...'
Oleh Hazrezal Ahmad
Kasihan aku tengok budak ini, masih berbaju sekolah agama tertidur di tangga … Read More...
Tulang femur patah 2 di rumah pengasuh, ibu bayi buat laporan polis
MARANG, TERENGGANU - Seorang bayi perempuan berusia patah tulang kaki kanan semasa berada di bawa… Read More...
Kedua-dua kaki pelajar madrasah terpaksa dipotong, selepas cedera disebat pembantu warden dengan paip getah
KOTA TINGGI, JOHOR - Seorang pelajar lelaki terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya kerana otot-… Read More...
Bising di surau, punca Thaqif & 15 rakannya dipukul di bahagian kaki
BATU PAHAT, JOHOR - Harian Metro melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah tahfiz d… Read More...