SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Pelajar lelaki yang dilaporkan dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain minggu lalu, telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), malam tadi, lapor
Harian Metro.
Mangsa, S Pravin, 15, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ketika dirawat di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin, mengesahkan kematian mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu lalu, mangsa terdahulu dipercayai menegur sekumpulan pelajar terbabit yang sedang menghidu gam di Pekan Nilai.
Berang dengan tindakan mangsa, kumpulan pelajar itu kemudian memegang kaki dan tangan mangsa sebelum menuang cecair ke dalam mulutnya.
Mangsa mengadu sakit perut dan muntah kepada bapanya dan dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai, lalu dirujuk ke HTJ.
Menurut doktor HTJ, mangsa dipercayai diberi minum racun serangga.
Zaldino berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan juga denda. -
The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2pWJINX
via
IFTTT
Related Posts :
'Dia berubah selepas kematian Chris' - Vokalis Linkin Park, Chester Bennington, ditemui mati bunuh diri
LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT - Penyanyi kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, 41, ditemui mat… Read More...
'Kau kahwin dengan dia, kau mati! Dia milik aku!' - Wanita disihir bekas suami
Ini thread kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri. Yang baik korang ambil, yang tak elok ja… Read More...
'Tengok perkahwinan Shuib dan Sarah ini, jadikan sebagai contoh kita semua'
Nak bercerita tentang rumah tangga pelawak dan penyanyi ini. Saya tak tahu semangat saya nak menul… Read More...
'Saya minta maaf dan saya sangat menyesal'
GEORGE TOWN, PULAU PINANG - Lelaki yang dituduh merogol dan membunuh pelajar perempuan tingkatan l… Read More...
'Macam besar sangat isu 30 sen ditambah pada 1 bungkusan air'
KUALA LUMPUR - Viral gambar resit bayaran minuman (18 Julai 2017) yang didakwa mengenakan caj bay… Read More...