KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan selepas didakwa mengugut menyebarkan video seksnya bersama seorang lelaki, kelmarin.
Alia atau nama sebenar, Muhammad Nor Aliff, 28, ditahan di rumah sewanya di Flat Sri Sarawak Jalan Kenanga pada jam 1.30 petang.
Mangsa, 24, bekerja sebagai pemandu Grab Car terdahulu telah bertemu dengan suspek pada jam 4 pagi, Rabu, di Flat San Peng dan kedua-duanya bersetuju untuk melakukan hubungan seks di rumah suspek.
Alia bagaimanapun telah merakam aksi intim mereka tanpa pengetahuan mangsa.
Pada jam 5 pagi, mangsa telah dihubungi oleh Alia yang meminta wang bayaran sebanyak RM1,000. Jika tidak, video aksi intim mereka akan disebarkan.
Mangsa bagaimanapun, enggan menuruti kemahuannya meskipun Alia memberi diskaun RM500. Kedegilan mangsa membuatkan suspek menghubungi ayah mangsa lalu mengugut untuk membuat kecoh di tempat kerjanya jika tuntutan bayaran yang dipinta tidak dipenuhi.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis atas dakwaan diugut oleh suspek. Bertindak di atas laporan mangsa, polis telah menahan suspek di rumah sewanya, pada petang Khamis. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2noerlU
via IFTTT