Apa pun pandangan netizen, mungkin ada benarnya. Tetapi adalah lebih baik bersederhana dalam semua perkara termasuklah dalam tindakan membuat teguran pada orang lain kerana bimbang mengaibkannya di depan khalayak ramai.
Oleh ZF Zamir
Ada satu watak dalam filem Bajrangi Bhaijaan ini. Seorang lelaki tua, guru madrasah yang mengajar di masjid dipanggil orang kampung sebagai Maulana, dilakonkan oleh Om Puri, pelakon India yang juga terkenal di luar India.
Maualana ini wataknya mula dengan menegur Bajrangi (Salman Khan) yang duduk di luar masjid ini dan mengajaknya masuk walaupun dia mengetahui Bajrangi ini bukan beragama Islam.
Salah satu dialog yang aku rasa penting bila Salman Khan kata dia tak boleh masuk masjid sebab dia agama lain, Maulana ini jawab;
"Apa salahnya? Tempat ini terbuka untuk semua orang. Sebab itu di masjid, kami tak pernah kunci pintu,"
Kenapa watak Maulana ini penting?
Pertama sebab Maulana ini tak 'judge' Bajrangi Bhaijaan berdasarkan agama dia. Kenapa dia tak judge? Sebab inilah sifat orang yang berilmu, sesuai dengan status Maulana yang dipikulnya.
Kedua, di hujung wataknya selepas membantu Bajrangi mengelakkan polis, dia mengucapkan Allahafez, yang kemudiannya dijawab oleh Bajrangi, 'Jai Shree Ram'. Sekali lagi tanpa ragu, Maulana yang berilmu ini mengetahui Bajrangi sedang berbuat sesuatu yang baik, menyambut ucapan Salman Khan dengan mengucapkan, 'Jai Shree Ram'.
Pengajarannya, orang berilmu tidak akan menghakimi orang lain. Kau Hindu ke, Buddha ke, tak siapa tahu status kau di mata Tuhan. Satu-satunya penghakiman yang boleh kita buat ialah dengan kekal berbuat baik walau mengetahui orang lain berlainan agama atau mazhab dengan kita.
Tetapi kalau kau tonton filem ini kemudian kau komen;
"Hati-hati dengan pengaruh Syiah dalam filem ini"
Nampaknya tak ada apa-apa yang kau dapat dari filem yang bagus ini selain memuaskan nafsu serakah kau yang busuk dan membiak hitam di hati kau itu.
Penulisan dari ZF Zamir ini ada hubungkaitnya tetapi tidak pula mengalakkan orang ramai untuk berbuat demikian. Apa yang penting ialah, bersederhanalah dalam tindakan kita. Jangan sampai mencemarkan imej agama kita sendiri.
Penulisan dari ZF Zamir ini ada hubungkaitnya tetapi tidak pula mengalakkan orang ramai untuk berbuat demikian. Apa yang penting ialah, bersederhanalah dalam tindakan kita. Jangan sampai mencemarkan imej agama kita sendiri.
Artikel berkaitan:
- 'Memang salah saya tetapi kami nak tumpang berteduh sementara tunggu hujan & petir reda'
- 'Kakak saya berdiri di tengah hujan tengok mak ayah dari jauh' - Mia Ismaeel
from The Reporter http://ift.tt/2oCeWYZ
via IFTTT