LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Setakat check laptop rosak kena bayar RM150, biar betul kedai ni?


SUBANG JAYA, SELANGOR - Seorang pengguna Facebook mendakwa, rakannya diperdaya kakitangan sebuah kedai alat telekomunikasi yang mengenakan caj RM150 bagi memeriksa kerosakan laptop, lapor World of Buzz

Jia Hou Wong, berkata, rakan perempuannya yang berasal dari China datang menyambung pengajian di INTI International College Subang. Suatu hari, laptop miliknya jenama Lenovo tiba-tiba tidak berfungsi. Mangsa yang tidak mempunyai pilihan terpaksa menghantar laptopnya ke kedai dan menyangka jika dihantar ke kedai pengeluar laptop itu sendiri, lebih baik dan dipercayai. Namun, sangkaannya itu meleset sama sekali. 

"Kawan saya hantar laptopnya di sebuah kedai telekomunikasi di Sunway Pyramid dengan harapan dapat membaikinya. Tetapi setelah diperiksa, kedai itu mengenakan bayaran RM150 sebagai caj untuk pemeriksaan kerosakan laptop. 

"Dia berseorangan sahaja pada masa itu dan oleh kerana tiada pilihan, dia terpaksa kecuali akur kerana laptopnya masih dalam simpanan kedai tersebut. Malah dia akan dikenakan caj sebanyak RM600 jika mereka berjaya membaiki kerosakan laptopnya. 

"Lalu dia kemudian menghubungi dan meminta saya bercakap dengan kakitangan kedai itu. Menurut kakitangannya, setiap kedai mengenakan caj pemeriksaan berbeza-beza. Pada fikiran mereka, mungkin menyangka kawan saya ini boleh diperdaya. Tetapi setahu saya, caj seperti ini tidak pernah ada," katanya. 

Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, Jia kemudian bertanyakan nama kedai mereka. Tetapi lelaki itu enggan mendedahkan dan bertanya apa tujuan Jia mahu mengetahui nama kedai mereka. 

"Enggan menjawab persoalan saya, dia kata akan pulangkan kembali laptop. Tetapi, kawan saya sudah menunggu selama 20 minit dan laptopnya masih juga belum dipulangkan," katanya. 

Keadaan itu memaksa Jia terus pergi mendapatkan kawannya di Sunway Pyramid. Ketika tiba di situ, laptop masih belum dipulangkan. 

"Dia beritahu dia sudah menunggu 1 jam 30 minit. Apabila kakitangan itu kembali dengan laptopnya yang konon diambil dari 'pusat servis', kawan saya tanya 'kata hanya lima minit sahaja, tetapi kenapa dah sampai sejam lebih?'. Jawapan yang diberi kakitangan itu amat mengejutkan. 

Kami ada ramai pelanggan dan bukan awak seorang sahaja!

Jia dan rakannya tetap berkeras enggan membayar RM150 untuk 'servis' yang tidak masuk akal itu sehinggalah harga dikurangkan kepada RM80 Jia kemudian membawa laptop itu ke kedai rakannya untuk dibaiki. Apabila ditanya sama ada wujudkah caj pemeriksaan kerosakkan, kakitangan di kedai itu ketawa mendengarnya. 


Selepas insiden itu, Jia telah membuat aduan kepada pihak jenama berkenaan di Facebook rasminya. Namun sehingga ke waktu ini, belum ada sebarang maklum balas. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2oaGUIm
via IFTTT