LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Rumahtangga ibubapa kami musnah angkara reunion & group WhatsApp' - Anak


"Rumah tangga ibu dan ayah musnah angkara reunion dan group WhatsApp", demikian kata Azuan (bukan nama sebenar), 23, lapor Sinar Harian, 

Menurut Azuan, semuanya bermula apabila bapanya menghadiri majlis reunion dua tahun lalu dan berada dalam group WhatsApp rakan-rakannya. 

"Seingat saya pada ketika itu, ayah pergi ke majlis itu bersama mak. Pulang dari majlis, mak ada memaklumkan bekas kekasih ayah turut serta. 

"Saya tanya mak, wanita itu ada tegur ayah? Mak jawab, ada tetapi sekadar bertegur sebagai kawan lama seperti orang lain," katanya. 

Kata Azuan, ayahnya sebelum itu juga berpesan usah risau kerana bekas kekasihnya juga sudah berkeluarga. 

"Ayah kerap menghabis masa dengan telefon bersama group WhatsApp almuninya itu. Namun ada perkara lain di sebalik group itu, iaitu mula berhubung semula dengan bekas kekasihnya secara peribadi. 

"Saya tidak tahu siapa yang mula menghubungi siapa tetapi kelakuan ayah berubah sekelip mata. Telefon sentiasa berada di tangannya sepanjang masa. 

"Kalau duduk tengok televisyen bersama keluarga, tiba-tiba ayah bangun dan keluar rumah. Pernah saya tanya kenapa ayah letak nombor pin keselamatan pada telefonnya yang mana sebelum ini tidak pernah berbuat demikian. Ayah beri alasan kononnya ada banyak urusan kerja dalam telefonnya itu," katanya. 

Perubahan ketara bapanya daripada seorang penyayang menjadi seorang bapa yang mula mengabaikan tanggungjawab. 

"Mak pernah tanya kenapa asyik dengan telefon, kenapa berahsia sampaikan sewaktu mengemas bilik, mak alihkan telefon dari atas katil ke atas meja, ayah marah sampai keluarkan kata-kata kesat dengan alasan tidak mahu barang peribadinya diusik," katanya. 

Hairan dan pelik dengan perubahan perangai bapanya itu menyebabkan Azuan mengambil inisiatif untuk menyiasat latar belakang bekas kekasih bapanya melalui media sosial. 

"Carian di media sosial mendapati wanita itu adalah janda dan status yang dimuat naik ke Facebooknya menunjukkan dia sedang bercinta dengan seseorang yang saya syak dia sedang hangat bercinta dengan bapa saya. 

"Saya maklumkan perkara itu kepada mak, mak sendiri kata dia syak perkara itu sejak awal perubahan ayah. Mak pernah tanya kenapa ayah berubah, namun ayah marah dan tuduh mak sengaja timbulkan isu. 

"Keadaan bertambah buruk apabila ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya itu. Mak tidak dapat menerima kenyataan dan meminta diceraikan sekiranya ayah mahu meneruskan hasratnya itu, 

"Ayah tetap teruskan hasratnya dan mak membawa diri pulang ke kampung. Kami adik beradik tinggal bersama mak," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2nwOUHy
via IFTTT