LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Persenda Najib, Mediacorp 5 Singapura dituntut mohon maaf, termasuk Najip Ali


PUTRAJAYA - Tindakan sebuah stesen televisyen milik Temasek Holdings, iaitu milik kerajaan Singapura, menyiarkan adegan mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengundang kemarahan Malaysia. 

Dalam program bual bicara santai 'Ok Chope' episod ke-26 yang memaparkan pengacara Vernetta Lopez, Sam See, Najip Ali, Rishi Budhrani dan Mike Kassim jelas sekali mempersendakan Najib apabila diminta melengkapkan ayat"


"Najib slams .... for threatening Malaysia' progress." 

Kesemua peserta program memberi pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersenda perdana menteri. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang dilihat kurang sensitiviti dengan perasaan orang lain. 

Presiden Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi mendesak penerbit rancangan itu meminta maaf secara bertulis kepada perdana menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan mereka. 

"Jika Najip enggan memohon maaf, kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia," katanya. 

Najip Ali diberi masa sehingga Jumaat ini untuk berbuat demikian dan laporan polis akan dibuat jika Najip enggan meminta maaf. 


Sementara itu, Setiauasa Agung Seniman, Hafiz Nafiah pula melabelkan tindakan artis-artis berkenaan adalah jijik. 

"Tindakan jijik artis-artis ini menjadikan perdana menteri sebagai bahan lawak dan kecaman adalah merupakan salah satu cara untuk warga dan karyawan Singapura melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang semakin menjerut kehidupan mereka," katanya. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2oAFcUk
via IFTTT