LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Nak dukung anak pun tak mampu, dia hanya mampu melihat dengan linangan air mata



Luluh hati ini mengikuti satu persatu kisah Hafiz. Sedar tak sedar, air mata saya turut bergenang. Apa lagi saya ikuti setiap satu perkembangan Hafiz tanpa gagal sejak mula dia ada masalah kesihatan, sejak 2015.

Dari seorang ayah yang ceria dan aktif ke sana sini, bergurau senda dengan anak-anak, kini dia hanya mampu melihat sahaja bersama linangan air mata yang tak pernah padam. Nak raih anak sendiri dan dukung pun dia tak mampu. apa lagi nak timang tinggi-tinggi seperti bapa-bapa lain.

Selepas pembedahan paru-paru untuk buang 9 inci darah beku pada April 2015, segalanya berubah. Akibat terlantar lama di hospital, ia memberi kesan pada pendapatan bulanan. Daripada cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji, sehinggalah bayaran ehsan. Pergerakannya pun terbatas.

Impian untuk sihat seperi sediakala sentiasa menjadi semangat utama untuk Hafiz. Tanpa jemu. dia mengikuti terapi sehinggalah dapat berjalan kembali. Sokongan isteri yang tak pernah luak, keluarga, mengenangkan masa depan anak-anak membuatkan dia semakin bersemangat untuk hidup.

Tetapi, bila hari bersilih ganti, kesihatan Hafiz kembali merosot. Setiap bulan pasti admit ke rumah keduanya iaitu Hospital Serdang. Meneruskan hidup hanya dengan jantung yang berfungsi 10% sahaja.


Apa yang ada dalam kepala sahabat semua? Iye, sesak nafas yang datang secara tiba-tiba. Pergerakan terbatas. Nak jalan sejauh 15 meter pun dia tercungap-cunggap keletihan. Luluh hancur hati, berderai air mata melihat kesusahan yang ditanggung isterinya. Bersusah payah menguruskan dan membesarkan anak-anak seorang diri.

Bila doktor sarankan tentang bateri untuk jantung, ia seakan-akan satu harapan baru untuk Hafiz. Tetapi bila melihat jumlah perbelanjaan itu, ia seakan malap kembali. Mana mungkin dia mampu dengan angka sebegitu? RM68,900 ternyata satu jumlah yang sangat besar untuk tenaga pengajar biasa sepertinya. 

Hafiz hanya memandang sayu pada quotation itu. Isterinya juga hanya senyum kelat. Mereka ada memohon sumbangan, jumlah terkumpul adalah RM1,600. Ternyata masih jauh untuk ke 5 angka.

Untuk sahabat di sini, marilah kita sama-sama membantu memberi sinar dan nafas kehidupan kepada Hafiz agar dia dapat menjalani hidup yang sempurna seperti kita semua.

Sumbangan anda...
selagi nadi berdenyut..
Sebelum nafas terhenti...

TABUNG BANTUAN HAFIZ MOHD HANAFI
UNTUK PEMASANGAN CRTD PACEMAKER BERJUMLAH RM68,900

Akaun Bank: 1622 6327 2864 (Maybank)
7027 4931 24 (Cimb)

Atas Nama: NorulMubarakah Ibrahim (isteri)
No. Tel: 013-3833210 atau 019-2973314


from The Reporter http://ift.tt/2nWtjXn
via IFTTT