LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Melampau! Gadis ini meninggal dunia kerana gurauan yang melampau oleh kawan-kawannya semasa menyambut hari jadinya..


Menyambut ulang tahun kelahiran dengan mengenakan rakan seakan-akan menjadi satu trend anak muda zaman sekarang. “Birthday boy” dan “birthday girl” dikerjakan seteruk-teruknya oleh rakan baik sebelum dikejutkan dengan majlis sambutan hari jadi.
Itulah yang selalu berlaku pada anak muda sekarang. Namun, tindakan itu walaupun dilihat sebagai suka-suka tetapi ada juga kesan buruknya kepada mangsa yang “dikerjakan”.
Satu kematian telah berlaku di Indonesia akibat daripada rakan-rakan yang meraikan ulang tahun kelahiran seorang wanita dengan “suprise” begini.
Sandy(21) adalah korban dari perbuatan gila rakan-rakannya. Isnin 26 September 2016 adalah hari ulang tahunnya. Sandy merupakan seorang warga Lengkong Wetan Kecamatan Serpong, Kota Tangerang Selatan (Tangsel), pekerja sebuah tempat futsal di Tangsel mendapat “surprise” dari rakan-rakannya.
Dia diikat di sebuah tiang elektrik di kawasan tempat kerjanya. Rakan-rakannya meraikan hari lahir Sandy dengan menyiraminya dengan air. Tak disangka, Sandy tiba-tiba kejang. Sempat dibawa ke Hospital Eka Bumi Serpong Damai (BSD) namun nyawanya tak dapat diselamatkan.

Sumber : http://www.nescafetarik.com/