Sumber gambar - Google Images |
Mandi pagi. Kebanyakan taska mewajibkan mandi pagi di taska masing-masing. Sebab? Nak kejar aktiviti dalam jadual.
Bayangkan, ada 40 kanak-kanak. Jam 8 pagi dah mula mandi. Jam 11 pagi baru selesai agaknya, aktiviti pula entah ke mana. Kecuali kalau taska itu suruh ramai-ramai masuk bilik mandi dan siram serentak. Dalam erti pepatah, mandi kerbaulah.
Di sini saya mahu senaraikan kebaikan ibu bapa beri anak mandi pagi di rumah sebelum dihantar ke taska.
- Bonding. Takkan di waktu pagi teacher mandikan, petang pun teacher mandikan juga? Nanti bonding lebih dengan teacher, ibu bapa cemburu pula.
- Mengajar kebersihan dari awal.
- Tanggungjawab ibubapa.
- Kanak-kanak yang siap mandi dari rumah akan datang ke taska dalam keadaan riang dan bersemangat. Berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mandi, perilakunya agak perlahan sedikit dan tidak cergas. Ini mengikut pengalaman saya selama 10 tahun menguruskan taska.
- Di zaman serba moden ini, setiap rumah dilengkapi paip air. Kalau zaman dulu, ibubapa perlu mengambil air dari perigi terlebih dahulu dan pelbagai lagi alasan.
- Membolehkan anak-anak buat aktiviti di pagi hari.
- Anak-anak kita kan, semestinya kita juga senang hati melihat anak kita bersih. Bukan kita sahaja yang perlu bersih dan wangi pergi kerja.
- Kebersihan yang dituntut dalam Islam.
- Jangan terkejut, jika ibubapa meninggal dunia, anak-anak tak nak mandi. Hidup umpama roda. Ingat itu.