LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Ibu, ada 'orang' tidur bawah katil....'



KISAH HOSPITAL

Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya. 

Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.

KES SATU

Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar Pulau Pinang. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saat untuk terjun ke bawah. 

Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya. Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka. Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya. 


Seorang kanak-kanak pula menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya. Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.

KES DUA

Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan. 

Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam. Aku terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut. Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat. 


Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah. Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh. Matanya tepat memandang ke arah aku. Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang. 

"Laa, pasaipa abang pi hembus? Sat lagi kecoh wad," tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya. 

Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam. Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur. 

KES TIGA

Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki, rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut. Anak-anak sibuk dengan handphone, telefon sana sini. Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayah mereka. Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu. Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu. Bukan kita tengok dan kata pada ayah,

"Ayah, mengucap ayah. Mengucap..." sambil tersedu-sedu. 

Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka saat ini. Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya. Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis. 

Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik. 

KES EMPAT

Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu. Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia. Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.

KES LIMA

Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku. Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit. Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang. Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut. Matanya hanya pandang ke bawah saja. 

Sesekali rambutnya akan tersangkut atas bahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital. 

Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat. Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.


from The Reporter http://ift.tt/2poLFC7
via IFTTT