Dalam kejadian 19 Mac lalu, video berdurasi 1 minit 37 saat menunjukkan, Hardik Bharwad dipukul dengan kayu, malah cermin keretanya turut dipecahkan.
Hardik Bharwad berkahwin dengan isterinya, Ratan Bharwad dan mempunyai seorang anak perempuan.
Menurut sumber, pasangan itu terdahulu bertengkar selepas Hardik meminta untuk dibelikan sebuah kereta. Ratan dipercayai enggan memenuhi permintaannya itu menyebabkan Hardik bertindak memukul mangsa sehingga menyebabkan matanya cedera, selain mengalami keguguran.
Bapa mangsa, Rambhai Bharwad berkata, selepas kejadian itu, anak perempuannya itu pulang ke rumah. Namun Hardik telah mengikutnya dan sekali lagi cuba menyerang isterinya itu.
"Anak saya dipukul sehingga penglihatan mata kirinya terjejas. Pergaduhan mereka berpunca dari perkahwinan mereka yang dirahsiakan dari pengetahuan kami dua tahun yang lalu, walaupun mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan.
"Pada awalnya kami memfailkan aduan terhadap Hardik, tetapi Ratan merayu agar aduan itu ditarik balik kerana dia tidak mahu menafikan hak Hardik sebagai seorang bapa kepada anaknya. Enggan memanjang kes, kami akur.
"Sekarang kami akan failkan tindakan undang-undang terhadap Hardik di atas dakwaan menyerang Ratan secara mental dan fizikal. Malah kami juga mahu menuntut mas kahwin anak kami," kata Rambhai.
Dalam kejadian 19 Mac lalu, Hardik diserang oleh ahli keluarga mangsa di jalan raya selain keretanya turut dirosakkan. Bagaimanapun, Hardik diselamatkan oleh isterinya dari terus dipukul, sebelum membawa dirinya ke sebuah hospital swasta di Ahmedabad untuk mendapatkan rawatan.
Hardik juga telah membuat laporan polis terhadap bapa mertua dan beberapa ahli keluarga isterinya yang terlibat dalam kejadian itu.
Difahamkan, polis telah menahan dan mengambil keterangan Hardik untuk membantu siasatan. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2nJJZhJ
via IFTTT