Oleh Izuan (maukerja.my)
Di tempat kerja kita mesti akan berhadapan dengan dua jenis pengurus, sama ada pengurus itu boleh dipercayai ataupun pengurus yang 'pengecut'. Kadang-kadang pekerja yang bahagia tak semestinya kerana kerja yang mereka minat, tapi cara pembawakan seseorang pengurus itu membimbing pekerjanya.
Seperti yang kita tahu, seorang pengecut akan berselindung dari sebarang masalah dan cuba untuk lari daripada berhadapan dengan cabaran.Dalam konteks kerja, seorang pengurus yang pengecut pasti akan mempergunakan pekerja bawahan demi menyelamatkan diri mereka.
Misalnya, kerap kali kita mendengar seseorang pekerja seperti rakan, saudara mara atau mana-mana ahli keluarga berhenti kerana tidak tahan dengan sikap pengurusnya walaupun syarikat dan kerja tersebut merupakan kerjaya idaman mereka.
Sikap 'pengecut' beginilah yang telah menjadi punca pekerja tidak kekal lama dan golongan seperti ' inilah yang menjejaskan nama baik syarikat kerana seringkali terjadi pekerja 'keluar masuk' di tempat tersebut. Jadi, ketahui ciri-ciri pengurus 'pengecut' ini untuk mengenalpasti adakah anda telah menjadi mangsa mereka. Jika kesemuanya ada dalam diri pengurus anda, segeralah mencari kerja di tempat lain sebelum ia melarat!
Sanggup Tindas Pekerja Bawahan Demi Mengampu Orang Atasan
Mungkin pihak atasan tidak gemar dengan anda. Bagi menjaga hatinya, pengurus anda sanggup mengiyakan tanpa menyokong anda. Malah lebih mengapi-apikan lagi kebencian hanya kerana ingin rapat dengan pihak atasan demi kepentingan diri. Paling menyakitkan lagi jika pengurus itu adalah kenalan anda.
Selain itu, ada kemungkinan juga pihak atasan terlalu menghargai anda sebagai seorang pekerja yang mepunyai prestasi baik dan perkara itu menyebabkan pengurus anda berasa tergugat. Lalu beliau akan mula meracuni fikiran pihak atasan demi mengalihkan perhatian mereka kepada si pengecut ini.
Membataskan Langkah Pekerja
Jika pengurus tersebut rasa tidak selamat dengan pencapaian yang anda telah lakukan, beliau akan sengaja mengarahkan anda melakukan kerja-kerja biasa (sehingga di luar bidang kerja sebenar) yang membuatkan nama anda menjadi 'tenggelam' dalam syarikat tersebut. Lebih teruk lagi apabila dia sanggup bermain kotor, mensabotaj kerja anda atau tidak kreditkan nama anda atas hasil titik peluh anda mengendalikan sesebuah tugas.
Mudah Menilai Dan Jatuh Hukum Atas Pandangan Peribadi
Jika pengurus menganggap anda tidak menghormati diri kerana tidak menuruti "kehendaknya", dia sanggup menyeleweng kebajikan anda seperti dengan mengurangkan bonus, tidak beri kenaikkan gaji dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan hak anda sebagai pekerja. Pendek kata, anda tak 'sebulu' dengannya.
Perbesarkan Hal-Hal Kecil
Jika mereka melihat anda mempunyai potensi yang besar melebihi prestasi pengurus, dia akan cuba menjatuhkan mentaliti anda dengan memperbesarkan kesilapan kecil. Malah, dia akan cuba mencari kesalahan anda dis etiap sudut dan menyalahkan anda agar bagi tujuan menganggu prestasi anda. Selain itu, si pengecut ini akan merendah-rendahkan kredibiliti anda disebabkan kesalahan kecil tersebut.
Jika kesemua ini berlaku pada anda, bertindaklah segera untuk mempertahankan diri atau mencari peluang kerja di tempat lain. Kalau tidak, tiada sebarang peningkatan dalam diri dan anda akan terus dijadikan sebagai 'kambing hitam' dalam organisasi serta mangsa si pengecut.
from The Reporter http://ift.tt/2pvvajY
via IFTTT