Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang itu di mana pasangan berkenaan membawa anak lelaki mereka bermain di pusat hiburan kanak-kanak.
Ketika anak lelaki mereka bermain, seorang kanak-kanak perempuan berbaju merah jambu secara tidak sengaja terpijaknya dan kejadian itu berlaku di depan mata ibu anak kecil itu.
Kanak-kanak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun ibunya berang dan menuntut kanak-kanak perempuan itu memohon maaf.
Rakaman video kejadian itu kini viral di media sosial menunjukkan si ibu meminta anaknya memohon maaf kepada wanita berkenaan serta meminta maaf bagi pihak anaknya. Malangnya wanita itu menuntut kanak-kanak perempuan itu memohon maaf di depan anak lelakinya.
Si suami cuba meminta isterinya bertenang, tetapi masih enggan beralah dan semakin meninggikan suaranya sehingga menyebabkan anak mereka menangis.
Sementara itu, kanak-kanak perempuan berkenaan memeluk ibunya dan tidak mengucapkan sepatah kata. Berang melihat keengganannya untuk meminta maaf, wanita itu terus menarik dan memaksa kanak-kanak itu untuk meminta maaf sebelum ditarik oleh suami dan saudaranya.
Kejadian bertambah buruk apabila wanita itu mula menyerang seorang wanita di belakangnya.
Di media sosial, netizen masih tidak memahami mengapa wanita itu bertindak secara melampau hanya kerana insiden kecil yang menimpa anaknya, yang tidak melibatkan sebarang kecederaan. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2nQ78UF
via IFTTT