Lapor laman Facebook Info Sarawak, kejadian itu berlaku di Jalan Engkalat di mana penduduk kampung sanggup menggali tanah tersebut untuk mendapatkan kembali kepak ayam yang didakwa masih segar sebelum dibasuh sama ada untuk dimakan atau dijual.
Menurut laman berkenaan, pihak Kastam Sibu telah merampas kepak ayam sebanyak tiga tan dari sebuah lori kotena sejak Jumaat lalu kerana tiada permit import yang sah.
Sementara itu di laman Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
from The Reporter http://ift.tt/2nSjtUS
via IFTTT