Lapor Qiangjiang Evening News, kejadian itu berlaku di Jiangxing, Isnin lalu yang menyebabkan seorang ibu terpaksa dipotong kaki dan bayi dalam kandungannya juga terpaksa digugurkan.
Mangsa yang bersama anak perempuan membonceng motosikal yang ditunggang suaminya bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen menyebabkan kedua beranak itu terperosok di bawah tayar lori.
Ketika kejadian itu, si ibu sempat menarik anak perempuannya ke bawah badan bagi mengelakkan anaknya mengalami sebarang kecederaan. Tindakannya itu menyebabkan si ibu mengalami kecederaan parah, manakala suaminya hanya mengalami kecederaan ringan.
Si ibu yang hamil lima bulan itu terpaksa dipotong kaki dan kandungannya digugurkan kerana ubat yang perlu diambil akan membahayakan bayi.
Siasatan polis mendapati, si suami tidak mempunyai lesen dan menunggang di lorong yang salah, manakala lori tersebut dipandu laju ketika membelok ke kanan.
Sumber: Qiangjiang Evening News, Sinar Harian